Thursday 6 September 2012

Selamat-Hari Raya

Selamat hari-raya. Sempena menyambut hari raya aidifitri ini aku nak minta maaf kepada siapa-siapa yang penah aku buat silap semenjak aku hidup kat atas muka bumi ni. Aku harap sempena tahun raya ni aku maaf yang aku pinta harap dimaafkan oleh semua rakyat 1 malaysia. Aku hanya minta maaf kat satu rakyat malaysia je sebabnye aku tak penah buat silap lagi dekat bangsa asing. Maklumlah aku tak pernah ke luar negara itu pun sekali kat bandung tapi itu cerita lepas. Apa-apapun aku tak pernah lagi buat dosa kat masyarakat indonesia.

Tahun ni sambutan raya aku agak tidak memuaskan. Sebab tidak memuaskan kerana raya-raya pada masa kini tak sama lagi macam sambut time raya masa aku masih bergelar kanak-kanak. Raya tahun ni bagi aku agak sunyi dan sepi. Rata-rata saudara mara aku tidak banyak yang beraya. Maklumlah masing-masing sibuk dengan dunia perkerjaan sendiri. Bagi aku tahun raya ni aku banyak habiskan masa aku kat rumah dari beraya dekat rumah-rumah orang lain. Beraya kat rumah kawan. Jauh panggang dari api. Sebabnya aku hidup pindah-randah so manalah aku ada kawan-kawan sangat. kalau ada pun kawan-kawan kat kolej tapi dah tak boleh raya juga kat rumah diorang sebabnya diorang duduk kat tempat jauh-jauh.

 So tak banyak info lah yang boleh aku cerita sebab tahun ni adalah raya yang kesunyian bagi aku. Apa-apapun aku cukup terhibur juga sebab dapat melihat kecantikan percikan bunga api yang aku beli dekat tanah siam. So macam mana pula raya korang tahun ni seronok ke tak seronok? Kalau tak seronok cuba korang kenang-kenang zaman korang masih kanak-kanak dulu seronok ke tak masa raya dan cuba buat perbandingan dengan raya pada masa kini. Apa yang aku pasti korang mesti beranggapan banyak benda yang dah berubah sempena dengan peningkatan umur kita. Yang pasti zaman-zaman yang suka-duka yang lampau tidak akan kembali semula. Ia hanya akan menjadi sebahagian dari lipatan sejarah dalam hidup kita. Ia tidak akan kembali lagi.

Makan-Makan kat Rumah Occi
My Sister
Ni lah bunga api yang menemani aku sempena raya ni

No comments:

Post a Comment