Friday 1 March 2013

Eagle Islands

Sebagai seorang pelajar universiti yang digelar sebagai mahasiswa setiap permulaan semester baru kita akan diberi cuti yang begitu panjang atau senang kata (Cuti Sem). Bagi aku setiap cuti semester yang ada ni harus digunakan sebaik-baik mungkin misalnyagunakan untuk pergi makan angin, rehat, berkerja dan sebagainya. Boleh katakan cuti sem tahun 2013 ni aku rehat minda dan jasad aku betul-betul. sebabnya tension sangat terlalu banya tugasan dan final exam yang terlalu banyak kertas. So sebagai satu langkah untuk rehatkan minda aku gunakan masa cuti semester ni untuk pergi melancong dalam negeri kat mana? Dekat Eagle islands. Mesti akan terasa pelik sebab mana ada Eagle Islands dekat malaysia ni. Even kalau korang cari dalam peta dunia pun takde. Kalau tak de so macam mane aku boleh pergi melancong dan jejakkan kaki dekat pulau tu. Takkan ia khayalan atau aku yang mereka-reka sendiri. Mudah saja untuk mengatahui korang kena baca apa yang aku nak tulis ni?

Dekat Malaysia Eagle islands ni letaknya dekat negeri paling utara iaitu kedah dan perlis. Dari jeti kedah memakan masa lebih kurang 1.30 minit manakala dari perlis lebih kurang 1 jam. So ringkasnya masa cuti ni aku gi melancong kat pulau langkawi (Eagle Islands). Kenapa aku panggil pulau ni sebagai Eagle islands bukan pulau langkawi atau langkawi islands mudah je sebab kat sini waktu aku mula-mula datang dulu selepas keluar je dari perut feri ialah apa yang aku lihat ialah patung helang yang telah diukir. So sebab tu lah aku gelar pulau langkawi sebagai Eagle islands. Apapun pada masa tu tahun 2002. Tapi kalau korang datang ke langkawi bagi tahun yang seterusnya apa yang korang akan nampak ialah jeti langkawi sebabnya para penumpang tidak lagi diturunkkan di Eagle of statue berkenaan. So apa yang ada di jeti ni famous nye ialah mangkuk dan coklat.

Eagle Islands (Symbol)


Sepanjang berada di daerah langkawi ni tempat yang aku jejakkan kaki ialah pekan kuah. Kat pekan kuah ni adalah area bandar langkawi. So kat sini lebih kurang untuk beli-belah barang. barang yang utama pinggan mangkuk, coklat. Barang kat sini coklat kebanyakkannye adalah murah sebabnya ialah duty free zone. Tapi apa yang aku lihat bukan semua barang kat sini murah-murah belaka. Ada certain barang yang harganya sama dengan kedai runcit biasa dan ada certain yang mahal dari harga runcit. Biasanya harga barang akan melambung tinggi kat langkawi bila bermulanya cuti sekolah.

Tempat lain yang aku pergi ialah gallery tun Dr.Mahathir. Dekat gallery tun Dr.Mahathir ni boleh lihat kejayaan dan usaha yang dibuat oleh Mahathir untuk memajukkan negara Malaysia. Kat sini korang boleh lihat jenis-jenis hadiah penghargaan yang diberi kepada beliau sepanjang tugasnya sebagai perdana menteri Malaysia. Barang-barang yang diperolehi adalah dari pelbagai negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan negara kita. Cth barang emas, jade, patung, kereta, cenderahati, pingat, senjata (tradisional, moden) dan pelbagai jenis lagi barang yang bernilai. So kalau korang jejakkan kaki kat tempat ni korang boleh lihat ketokohan dan kesungguhan beliau dalam mentadbir negara Malaysia. Bolehlah buat Comparison tentang pemerintahan beliau dan pemerintahan pada masa kini. Kat sini juga korang bolehlah buka minda untuk tahu pemimpin malaysia mana yang patut jadi contoh dan parti politik yang mana patut kamu sokong?So saya tinggalkan soalan tu untuk korang fikir sendiri. Kerana yang buta itu bukanlah minda, hati dan mata tetapi yang buta itu adalah emosi!

Kat langkawi aku tidak lepaskan peluang untuk menaiki bot untuk makan angin di kawasan pulau berhampiran. Antara kawasan pulau yang aku singgah ialah pulau beras basah dan pulau kentut. Kat pulau beras basah ni air laut dia jernih. Air laut di persisiran pulau ni berwarna hijau ini. Tanggapan aku sebab kat pulau ni laut dia masih berlum tercemar. Kat sini korang bolehlah nak mandi manda. Kawasan pulau beras basah ni akan dikunjungi banyak pelancong asing misalnya dari korea, jepun, eropah dan arab. Melalui maklumat yang aku dapat dari pemandu bot biasanya pelancong-pelancong luar negara ni akan datang ikut musim cth misalnya negara eropah ketika negara dilanda musim sejuk mereka akan datang ke negara- negara asia untuk melancong. Kawasan pulau beras basah ni tak disediakan tempat penginapan. Malah bilik air pun tak de yang ada cuma air perigi je. So kalau korang singgah di pulau beras basah ni biasanya pemandu bot akan beri masa lebih kurang satu jam untuk korang mandi,berkelah atau berehat. walauapa-apapun masa boleh diubah.



Pemandangan di kawasan jeti
   
 Jeti. Tempat untuk ke Pulau

Feri ke kawasan pulau






Kat gambar boleh lihat baju tadi scene pun aku mandi kat laut. sebabnya aku tak bawak baju mandi. So setakat celup-celup kaki dengan tangan je. Apa-pun dapat jugak rasa kenikmatan alam semulajadi pulau langkawi. Perjalanan aku seterusnya kat pulau kentut. Kat pulau kentut ni tak famous macam dekat pulau beras basah. Kalau kat pulau beras basah ni korang boleh lihat visitiors dari pelbagai negara. Tapi kat pulau kentut ni takde visitor selalu sunyi. Kat pulau kentut ni berdasarkan permerhatian aku tak sesuai untuk mandi sebab kat dasar air laut pulau ni banyak batu bata dan karang. So kalau nak mandi kena careful!!!. Tapi pemandangan kat kawasan pulau kentut ni sangat cantik compared dengan pulau beras basah. Perbezaan pulau kentut dengan pulau beras basah ialah pulau kentut pemandangannye banyak kawasan berbatu yang nampak seakan-akan arang batu. Kat bawah ni korang boleh lihat photo aku kat pulau kentut.



Kawasan berbatu Pulau Kentut

Hitam macam Arang




Tukun tiruan tempat Ikan berkumpul


Sepanjang perjalanan aku ke pulau langkawi ni setakat ni amat menyeronokkan. yang paling penting aku dapat isi masa lapang cuti sem aku dengan pekara yang interesting. Kekosongan jiwa aku dapat diisi dengan pekara yang joyful and happy things. Apa-pun aku bercadang untuk ke langkawi lagi jika ada masa lapang. sebabnya banyak lagi tempat yang belum aku terokai misalnya Cable car pulau langkawi. Kata orang kat atas perhentian cable car langkawi boleh nampak negara siam. Apa-pun yang aku boleh cakap trip kat langkawi ni amat menyeronokkan korang patut merasai keindahan kedamaian alamnya.