Friday 29 June 2012

Trip To Bandung-Jakarta



Baru-baru ni aku sekeluarga dengan saudara terdekat aku belah ibu telah mengambil angin di luar negara. Tempat yang kami pergi ialah di indonesia di bandung dan jakarta. Banyak tempat yang kami lawat dan banyak pula pengalaman yang aku dapat sepanjang makan angin aku di bandung dan jakarta. Apa yang boleh aku cakap kehidupan di sini lebih kurang sama dekat malaysia. Tapi ada beberapa perbezaan di indonesia antaranya jumalah rakyat, kemajuan dan sejarah lampau negeri ini. Makanan tak payah nak cakap lebih kurang sama je dengan makanan di malaysia tapi cara masakkan dan kelazatannya mungkin berlainan sedikit dengan di tanah tumpah airku (MALAYSIA)

Biasanya orang kalau nak pergi jalan mesti akan naik AIR ASIA biasalah tambang murah katakan. Tapi beza pula dengan aku, family dan saudara aku kami memilih menaiki kapal terbang GARUDA AIRLINES. Bukan sebabnya sengaja memilih menaiki kapal terbang Garuda tetapi dah terpaksa sebab aku pergi ke bandung dan jakarta dengan TABUNG HAJI TRAVEL. So kalau dah tempah dengan tabung haji travel dah tentu-tentulah tak dapat tambang murah untuk melancong keluar dari malaysia ni...




KLIA Aiport sebelum nak berangkat kat Jakarta
Garuda Airlines (Pemandagan dari atas)
Menu yang aku pilih nasi ayam (chicken rice). Ingatkan macam kat kedai ada sup rupa-rupanya tak..


Inilah nasi ayam yang aku pilih bila dah buka (Boleh tahan, sedap jugak)


Masa perjalan yang diambil untuk sampai kat airport jakarta ni lebih kurang dua jam perjalanan. Apa yang aku nak kata airport diorang tak lah canggih macam airport kita ni. Airport diorang simple je. Airport diorang yang aku pergi tu lebih kurang dikategorikan airport utama lah macam airport kita KLIA tapi tak canggih dan besar macam KLIA. So banyak-banyak terima kasihlah pada idea Mahathir yang bijak memilih design untuk airport kita.

Ketibaan di Airport Jakarta
Ketibaan di Airport Jakarta
Di luar pemandangan Airport jakarta


Sampai je kat airport di jakarta kami terus menuggu bas pelancongan kami untuk dibawa pergi ke bandung. Perjalanan ke bandung memakan masa selama 4 jam. Penat gila dalam perjalanan ke bandung 4 jam tu cuma anggapan je lebih kurang 6 jam lebih-lebih lagi naik bas so pikir-pikirlah sendiri. Di dalam bas sempat jugalah lah aku mengenali ahli kumpulan kami. Apa yang aku nak cakap diorang semua sporting tapi aku tak banyak cakap sebabnya...


Mengantuk Sangat (tak tahan..)




Selepas dah sampai kat bandung tu apa lagi yang kitaorang buat ialah makan malam di sebuah gerai. Bagi aku makanan kat bandung boleh dikatakan sedaplah puas hati. Kat bandung banyak yang aku dapat lihat contoh mudah dari segi masyarakatnya. Kat sini rata-rata penduduknya miskin bangat mereka mencari rezeki dengan cara yang tak dilakukan kat malaysia cth nya menyanyi. Kalau korang kata dekat malaysia banyak peminta sedekah kat sini lagi ramai dan cara permintaanya sangat berbeza dekat malaysia. Kalau kat malaysia sekadar bagi duit aje lepas tu dapat kismis. Tapi di indonesia ni lain mereka mencari duit cth dengan menyayi atau apa-apa je yang korang tak pernah lihat kat malaysia.


Nak dipendekkan kan cerita kat bandung ni tak banyak tempat yang aku gi jalan sebab kat sini banyak masa dihabiskan untuk bershopping cth dekat pasar baru, toko3, rumah mode dan lain-lain tempat. Kenapa rakyat malaysia suka shopping kat sini sebab mudah je barang-barang kat sini murah tak mahal sangat Ni gambar aku semasa kat bandung.


Pasar baru (sesak)
Rumah mode (Beli baju)
Makan-Makan
Makan-Makan





Makan angin lain yang kitaorang buat bersukaria dekat TRANS STUDIO. Kat sini boleh main pelbagai mainan macam dekat genting highland. Macam-macam permainan yang disediakan ada yang untuk kanak-kanak dan ada yang khas untuk orang dewasa. Mainan yang disediakan dekat sini berjumlah 21 buah permainan. Permainan yang paling terkenal ialah permainan rollercoster. Penulis difahamkan rollercoster di indonesia ini merupakan tempat ke tiga di dunia yang merupakan rollercoster paling laju.Apa-pun permainan dekat sini memang seronok boleh dikatakan dapat menghibur jiwa kami yang tengah penat dan tension sepanjang perjalanan.


Logo Transstudio
Pintu masuk main entrace (Transstudio)

Ini adalah gambaran atau suasana di dalam trans studio. Kenapa di namakan trans studio kerana penulis berpendapat kebanyakan permainan di sini adalah di buat berdasarkan animasi grafik (Walaubagaimanapun itu cupa tanggapan penulis sahaja.)







 
 



Perjalanan seterusnya adalah di Jakarta. Jakarta ni boleh dikatakan sebagai METROPOLITAN CITY lebih kurang nak dikatakan macam kuala lumpur. Apa yang membezakan kuala lumpur dengan bandar kat jakarta ni ialah dari segi kepadatan penduduk. Kat jakarta ni sesak gila lebih teruk dari kuala lumpur. Bayangkan penduduk kat sini je dah mencecah sebanyak 11 Juta orang. 11 juta ye bukan 11 ratus ribu macam kat kl. So kalau jem ke apa ke kat malaysia jangan marah-marah sebab kat sini lagi sesak (Sabar ajelah...). Dalam trip ni tension gila aku..

Kat jakarta ni pun tak banyak tempat yang group kitaorang lawat sebab masa tak mengizinkan. Kat sini banyak tempat lawatan yang diberi tumpuan adalah lawatan di tempat bersejarah. Ini adalah gambar-gambar penulis semasa berada di jakarta... Antara tempat menari bagi penulis adalah masjid Istiqlal. Masjid ni merupakan masjid yang terbesar di ASIA TENGGARA.

Tugu Monas
Universiti Bonda Mulia



Bukan tengah berenang tapi tengah bersihkan

Di dalam Masjid Istiqlal

 Kelihatan Gereja di hadapan Masjid Istiqlal

Masjid Istiqlal

Masjid Istiqlal


Thamrin City
Rumah Pemerintahan Indonesia
Gambar penulis bersama dengan Trip (Jakarta-Bandung)
 
Gambar penulis bersama dengan Trip (Jakarta-Bandung)
                                     

Bagi aku perjalan di jakarta dan bandung ini memang puas hati dan menyeronokkan. Banyak pengalaman yang dapat ditimba sepanjang perjalanan ni. Walaupun penat, duit melayang tapi kepuasan tu dapat aku rasa. Bagi aku tak sia-sia aku gunakan masa, wang ringgit dan tenaga melancong di indonesia. Tapi apa yang dikesalkan oleh penulis ialah banyak tempat yang tidak dapat dilawat di jakarta dan bandung ni kerana ketiadaan masa cth paling mudah muzium di jakarta. So banyak sejarah tidak dapat diketahui oleh aku apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada TABUNG HAJI TRAVEL kerana banyak membantu kami sepanjang perjalanan di Bandung dan Jakarta ni (Mana tak nye duit dah bayar, Mahal pulak tu). Kalau tak best memang aku complain lah tak de lah main-main je.... Bye korang semua.


Thursday 28 June 2012

Selamat Tinggal (UITM) Segamat

Selamat tinggal segamat itu yang boleh aku cakap. Akhirnya aku telah berjaya menamatkan pengajian ku selama tiga tahun jurusan fakulti pengurusan maklumat di kampus segamat johor. Selama tiga tahun di segamat telah mengajar aku banyak erti kehidupan sebagai seorang mahasiswa uitm. Selama menetap tiga tahun di segamat semata-mata untuk menamatkan pengajian ku aku dalam jurusan fakulti pengurusan maklumat telah memberi aku satu bentuk pengatahuan baru tentang selok-belok pengurusan ku ini. Bak kata pepatah telah menjadi sebagai darah daging dan mengalir di dalam darah.

Selama tiga tahun di segamat juga aku telah memperolehi ramai teman dan sahabat handai. Tetapi ia tidak berkekalan lama aku terpaksa meniggalkan mereka semua kerana sebahagian dari mereka tidak mengambil jurusan yang sama seperti yang diambil oleh aku di peringkat ijazah. Walaupun jurusan yang diambil berada di segamat tetapi aku tetap nekad nak tinggal kat uitm shah alam sebab biasalah alasan dengan lagu lama rumah dekat. So setiap hari sabtu dan ahad boleh lah aku pulang ke rumah untuk bersama dengan ahli keluarga ku. Lagipun maklumlah dekat shah alam macam-macam ada berbeza dengan di segamat yang ada cuma burger segamat.

Kenapa aku cakap aku bakal tidak menjejakkan kaki lagi ke segamat kerana mudah sahaja. Baru-baru ni aku baru balik dari segamat untuk buat clearance (27.6.2012) setelah selesai buat clearance maka selesai lah tugas aku di uitm di kampus segamat. So tiadalah lah lagi urusan aku di segamat. Faktor lain pula walaupun di segamat terdapat jurusan yang dimintak oleh aku iaitu jurusan fakulti pengurusan rekod tapi aku pasti aku akan dapat kat uitm shah alam bukannya segamat sebab rumah aku kat shah alam. Dah confirm-confirm pihak pengurusan universiti akan letak aku kat shah alam. Jadi kemungkinan aku tidak akan menjejakkan kaki lagi ke uitm segamat mungkin atas-atas sebab tertentu baru aku menjejakkan kaki.

Apa-pun yang aku nak cakap dan tulis kat dalam blog ni selamat tinggal UITM SEGAMAT. Selamat tinggal juga kepada teman-teman seperjuangan aku semasa menuntut di uitm segamat. Tak lupa juga diucapkan kepada para pensyarah yang telah banyak berkongsi ilmu pengatahuan dan membantu kami para pelajar sehingga berjaya menamatkan pengajian hingga akhir dalam jurusan fakulti pengurusan maklumat.


 
Selamat tinggal UITM Segamat

Tuesday 26 June 2012

Mengingati Mati (cara hindar-azab Kubur)

Mati atau lebih popular dikenali sebagai meniggal dunia di kalangan ramai orang merupakan satu pekara yang pasti terjadi di kalangan makhluk yang bernyawa. Tidak kira apakah makhluk itu malaikat, manusia, jin, iblis dan lain-lain yang dikategorikan sebagai makhluk pasti akan menempuh saat kematian kecuali yang kekal abadi adalah tuhan kamu Allah. Oleh itu mati atau meniggal pasti akan terjadi pada meraka yang dikategorikan sebagai MAHKLUK ATAU CIPTAAN ALLAH. Walaupun telah diingatkan berkali-kali tentang kematian tetapi ramai yang masih lupa tentang kedatangan sakaratul maut ini. Malah yang lebih teruk ada yang terus melupakannya.


Disebabkan kematian adalah pekara yang pasti terjadi di kalangan makhluk yang bernyawa. Maka adakah kita sebagai makhluk yang lemah ini bersedia untuk menghadapinya ketika dijemputnya sakaratul maut di hadapan kita nanti. Kita harus mengingati kematian ini kerana ia pasti terjadi kerana kehidupan kita di atas  muka bumi ini adalah bersifat sementara. Setiap yang mati akan kembali semula ke tanah ia ini (kubur) dan ia merupakan rumah bagi kamu samaada ia kehidupan yang selesa atau pun kesengsaraan. Jika amalan kita baik sudah tentu ia merupakan tempat yang selesa tetapi jika amalan kita kurang baik mungkin sebaliknya.


Dan berikut merupakan beberapa kisah bagi tokoh-tokoh islam di saat ambang kematian mereka dipetik dari buku (MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR). Di dalam cerita ini terdapat pelbagai pengajaran yang harus kita sebagai umat manusia yang masih bernyawa mengambil pelajaran dan merenung setiap bait-bait perkataan yang dicuapkan oleh mereka di saat ambang kematian menjemput mereka. Ini kerana setiap bait-bait perkataan yang diucapkan oleh mereka membawa maksud yang mendalam untuk kita. Oleh itu fikir-fikirkanlah maksud ucapan mereka!!!!

1) ABDULLAH BIN MARWAN

Inilah al-kisah Abdullah bin marwan dimana ketika maut telah datang kepadanya ia diliputi rasa payah. Nafasnya tersekat-sekat di saat ambang kematian menjemputnya. Ketika di saat ambang kematian ia meminta agar jendela kamarnya dibuka. Ketika jendela kamarnya dibuka ia dapat melihat seorang tukang cuci yang berada berhampiran dengan tempat tinggal kamarnya. Abdullah bin marwan kemudian bermonolog di dalam hatinya Alangkah indahnya jika aku menjadi seorang tukang cuci, tukang kayu atau kuli panggul dan indahnya jika aku tidak pernah memegang satu urusan kaum muslimin sedikit pun

2) HARUN AL-RASYID

Harun al-rasyid siapa yang tidak mengenalinya. Merupakan seorang pimpinan islam yang berkaliber dan banyak memberikan sumbangan ketamadunan ilmu pengatahuan di zaman pemerintahan khalifah Abbasiyyah. Walaubagaimana hebat pun beliau kematian bakal menjemputnya dan ia tetap kembali ke kubur atau tanah seperti mana manusia-manusia yang sudah meniggal dunia. Walaupun di zamannya beliau duduk dalam istana dan mempunyai banyak keperluan dan kesenangan cth berbentuk kekuasaan tetapi ketika di ambang mati semuanya hilang yang ada dan dibawa cuma amalanya samaada baik atau pun sebaliknya.

Suatu hari Harun al-rasyid pergi berburu. Ketika sedang berburu dan di tengah perjalanannya ia berjumpa dengan seorang yang dikenali sebagai Bahlul. Dipendekkan cerita Harun meminta nasehat daripada Bahlul. Bahlul memberikan pelbagai bentuk nasehat yang berupakan saat-saat kematian. Di antara nasehatnya ialah apa bentuk kesenangan yang dimiliki Harun al-rasyid bakal lenyap tidak kira samaada kekuasaannya,kekayaan, teman atau sahabat-handai semuanya akan meniggalkannya dan yang dibawa hanyalah amalannya ketika hayatnya.

Setelah mendengar nasehat Bahlul maka Harun al-rasyid pun pulang dan telah jatuh sakit.Tidak lama kemudian beliau pun meniggal dunia. Tidak ada teman-teman, kekuasaan, harta dan sahabat yang dapat membantu khalifah Harun al-rasyid untuk lepas dari ambang kematian dan tidak ada apa yang dibawa melainkan hanya amalan semasa hayat hidupnya.

3) AMIR BIN ABDULLAH BIN ZUBAIR

Amir bin abdullah bin zubair merupakan salah seorang tokoh yang dikenali oleh umat islam. Amir bin abdullah bin zubair ketika berada di ambang kematian beliau masih ingin pergi ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama umat islam. ketika melaksanakan solat pada rakaat pertama beliau telah meniggal dunia dalam keadaan bersujud ke hadrat ilahi. Kesungguhan dan keihklasaannya dalam beribat kepada Allah telah dapat dilihat ketika kehidupannya dan dibuktikan melalui kesanggupannya melakukan solat walaupun dalam keadaan yang lemah dan kritikal.

Melalui ketiga-tiga tokoh ini terdapat pelbagai pengajaran yang dapat diambil bagi kita yang masih hidup di dunia ini. Telah dibuktikan bahawa walaupun manusia mempunyai pelbagai tingkat-tingkatan kehidupan di atas muka bumi mereka tetap akan dikebumikan di tempat yang sama seperti mana orang-orang dahulu dan itulah tempat tinggal mereka ketika nyawa sudah tercabut dari jasad. Tempat tinggal itulah yang dinamakan kuburan.

SIAPAKAH YANG DAPAT TERHINDAR DARI AZAB SEKSAAN KUBUR

  • Orang-orang yang mati syahid
  • Orang yang ribath (menjaga kawasan atau batas-batas wilayah kaum muslimin untuk mencegah serangan musuh-musuh umat islam)
  • Orang yang meniggal kerana sakit perut
  • Orang yang membaca surah Al-mulk
  • Orang yang meniggal pada hari jumaat dan malamnya

CARA ELAK DARI AZAB KUBUR

Untuk mengelak dari azab kubur bukanlah satu pekara yang amat mudah. Hanya sebahagian mereka sahaja yang dapat terlepas dari azab seksaan dan pertanyaan kubur. Oleh itu untuk mengelakkan dari diazab di kuburan maka perbanyakanlah amalan-amalan yang baik dan bermanfaat di sisi agama ketika masih hidup. Seorang mukmin itu juga hendaklah sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah supaya dijauhkan dari azab dan fitnah kubur. Paling penting ia mengamal surah AL-MULK kerana ia dapat menghindarkan seorang mukmin itu dari azab seksaan dan fitnah kubur.

Melalui pengamatan penulis di antara pekara yang amat mudah dilakukan untuk menghindari dari azab seksaan kubur bagi mereka yang tergolong dalam golongan yang dapat terhindar dari azabnya ialah mereka yang sentiasa membaca dan menghayati surah AL-MULK. Membaca surah al-mulk adalah pekara yang amat mudah dilakukan jadi ambillah kesempatan untuk membaca di masa lapang atau sesudah solat kerana ia adalah satu pekara yang amat mudah diperolehi melainkan pekara-pekara yang lain seperti mati syahid, meninggal kerana sakit perut, menjaga kawasan atau batas-batas wilayah kaum muslimin untuk mencegah serangan musuh dan meniggal di hari jumaat dan malamnya.


Inilah tempat tinggal bagi kamu sebelum menuju alam yang kekal (AKHIRAT)



Yang hidup pasti akan merasai MATI

Monday 25 June 2012

SALAM PENGENALAN

Hi saya Mohamad Hakimi Bin Abd Razak. Ini merupakan kali kedua saya melakukan penulisan di dalam blog atau social media. Walaupun dulu saya pernah terlibat dalam penulisan blog tetapi ia lebih bersifat kepada project ASSIGNMENT yang diberikan oleh lecterur. Ia berlaku lebih dua tahun dahulu ketika saya baru berjinak-jinak dalam perkhimatan social media yang diberikan oleh internet ini. Ketika itu saya merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang Information Management di UITM segamat. Walaupun telah lama meniggalkan penulisan di dalam blogger kini saya mula berjinak-jinak semula dalam bidang penulisan blog ini untuk meluahkan segala idea, pendapat, berkongsi cerita dan pengalam yang dialami sepanjang hidup ini  dengan orang lain dan teman-teman yang rapat.

Masa berlalu terlalu pantas. Meniggalkan penulisan di dalam social media yang dinamakan blog ini selama dua tahun telah menyebabkan saya melupakan sedekit demi sedikit tentang penggunaan social media ini. Melalui pembacaan buku-buku blog kini saya telah dapat meggunakan semula service blogger. Saya mula ingin bergiat semula dalam penulisan blog ini setelah berlaku satu insiden di mana teman sebilik kuliah menggunakan blogger untuk menyampaikan maklumat-maklumat dan aktiviti berkaitan dengan perkembangan politik di malaysia. Melalui kesungguhannya dalam penulisan blog telah membuatkan saya ingin melibatkan diri semula dalam penulisan blog.

Saya akui saya memang agak tertinggal sedikit dalam menggunakan teknologi internet ini berbanding dengan teman-teman yang lain yang lebih memahami dengan lebih mendalam tentang penggunaan teknologi multimedia ini. Oleh itu saya beranggapan penulisan di dalam SOCIAL MEDIA yang dikenali sebagai BLOGGER ini bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi dan mencari teman di kala sunyi di alam maya. Tetapi ia banyak kegunaanyanya. Misalnya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan, pembelajaran dan lain-lain.

Sebelum melangkah dengan lebih SERIUS dalam penulisan blog ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam pembuatan servis blog ini iaitu Evan William dan Meg Hourihan kerana hasil kerja mereka dalam menjayakan pembuatan servis blog ini. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada google dan yahoo yang banyak menyediakan servis untuk blog ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ridwan Sanjaya yang dari syarikat Synergy Media yang telah menerbitkan buku tunjuk ajar dan cara-cara dalam kemahiran diri penggunaan teknologi komputer dan internet pada masa kini.

Sekian terima kasih

YANG BENAR

MOHAMAD HAKIMI BIN ABD RAZAK
PELAJAR JURUSAN FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT (DIPLOMA)