Tuesday 18 August 2015

Aku Berjaya Melepasinya: Suka dan Duka

Masa, hari dan waktu berjalan seperti biasa. Bumi dan seluruh galaksi berputar dan bergeak seperti biasa. Seolah-olah tiada apa2 yang berlaku dan setiap dan setiap detik sama sahaja. Tanpa disedari telah 5 ke 6 tahun aku berada dalam dunia universiti. Masa dalam 5 ke 6 tahun digunakan untuk habiskan pengajian Diploma dan Degree bukan Ph.d ye. Ph.d belum buat lagi. Buat masa sekarang ni aku memberi tumpuan kepada pengajian Master sesudah lepasnya pengajian di peringkat Diploma dan Degree. Walaupun sudah melepasi pengajian di peringkat Diploma dan Degree tapi pengalaman dan sejarah kenangan lampau di peringkat Diploma dan Degree masih terngiang-ngiang di fikiran. Sejarah lampau di peringkat Diploma dan Degree ada yang seronok dan ada juga yang sangat pahit untuk diingati. Kadang2 aku cuba lupakan ingatan pahit di Universiti tapi bukan semua yang boleh dilupakan begitu sahaja.

Aku masih ingat lagi sewaktu masih lagi belajar di peringkat Diploma. Pengajian di peringkat Diploma aku ditempatkan di UITM segamat, Johor. Banyak kenangan manis dan pahit di peringkat Diploma ni. Aku masih ingat lagi sewaktu mula2 belajar di peringkat Diploma ni. Mula2 masuk di universiti ni sangat teruk. Bila jadi pelajar atau budak semester 1 ni di universiti akan menjadi mangsa buli pelajar2 senior. Aku sendiri tak terlepas dari menjadi mangsa buli para2 senior2 yang ganas dan suka membuli. Salah satu benda yang tak boleh aku lupakan bentuk buli yang aku kena ialah kena mandi air sampah, x boleh tidur dan kena ambil tandangan para senior. Aku juga terpaksa jadi MC untuk event wings dan juga terpaksa menari shuffle. Aku juga pernah diugut dengan parang dan dherdik oleh senior kerana kegagalan untuk dapat tandatangan semua senior. Dalam pergaulan di universiti ni kita kena pandai. Ada mereka yang boleh membantu kita ketika susah dan menjadikan kita seorang manusia. Bahkan ada juga yang merosak dan perosak dan mereka inilah yang harus kita jauhi.

Walaupun dikurniakan dengan para senior yang ganas dan kebanyakannya jahat dan kaki main. Tapi aku bernasib baik sebab aku tidak terpengaruh dengan perangai dan terikut dengan gaya2 kehidupan mereka yang mengjengkelkan. Seboleh-bolehnya aku cuba elak dari bergaul dengan mereka. Lagipun aku bukan kaki dengar lagu meletup, melepak, berbual kosong, main card, bergayut dengan awek, kaki movie, kaki mengintai, overnight dan lain2. So jadi senior kurang berminat bergaul dengan aku ni sebab bagi diorang aku ni agak membosankkan. Kalau nak tahu sewaktu belajar kat peringkat Diploma ni jugak aku pernah nak berhenti atau quick study. Sebabnya aku x bleh bawak apa2 yang diajarkan di universiti. Biasalah agak terkejut dengan semester 1 ni. Mana tidak dunia baru, ilmu baru dan tidak ada basic kehidupan di university (Life Campus). Sewaktu cuti semester dan tunggu keputusan exam dengan menunggu dengan harapan yang sangat tipis dan dalam hati sudah ada perasaan akan kembali semula ke sekolah dengan pergi ke tingkatan 6 atau pergi berkerja.

Tunggu punya tunggu result akhirnya result pun keluar. Result pertama aku pointer sangat lah sikit iaitu 2.3 dengan fail satu paper. Paper yang aku fail waktu tu paper (IMD 104) principle of management. Waktu dapat tahu je result terus aku fikir nak sambung x jadi nak quick belajar. Teruskan pengajian. Naik je semester 2 Diploma bermulalah saat gelap dan kegelapan. Naik semester 2 ni ingat dah boleh lepas dari senior2 yang gila. Rupa2nya kenyataan tu meleset sekali. Sekali lagi kena buli tapi tidaklah seteruk semester 1. Bila sebahagian dari batch aku dapat tahu pointer aku rendah iaitu 2.3. Ada sebahagian yang mengutuk dan sebahagian lagi yang bagi semangat.Waktu tu nasib baik jiwa aku kuat. Aku boleh tahan mulut2 diorang yang mencaci, memaki dan menghina ni. Aku masih boleh bersabar walaupun diperlakukan teruk. Sakit badan boleh terus sembuh dalam seminggu atau berbulan. Tapi kalau sakit hati dengan minda sembuhannya boleh mengjangkau hingga berbulan, tahun or tak sembuh terus. Antara caci dan makian yang aku terima ialah x payah lah belajar kalau pointer sikit lebih baik quick terus, buat apa nak ambik student pointer yang rendah buat apa perabis duit UITM je.

Lebih baik diberhentikan sahaja senang habis cerita. Kalau aku tengah study begini pula caciannya pulak kenapa kau study kau nak cukupkan credit hour ke or kau ni asyik study je dekan tak dapat jugak. SO WHAT apa masalah korang semua aku nak study or x nak study aku punya sukalah. Even the worse adalah ada yang cuba nampak mcm menyokong dan menolong tapi rupa2 di sebalik pertolongan tu ada udang di sebalik batu mereka ni golongan yang aku katergorikan sebagai badam besalut or coklat bersalut. MCM coklat bersalut bahan tertentu. Maksud aku kat sini ialah diorang ni nampak je baik tapi mereka lebih jahat lagi. Mereka datang seakan-akan nak membantu kita cemerlang dalam pelajaran dengan mengemukakan teori2 yang dangkal dan palsu. Mereka bercerita mcm mana mereka berjaya dan dapat gred pointer yang tinggi. Tapi itu semuanya adalah palsu. Mereka sebenarnya sedang merancang untuk jatuhkan aku sedikit demi sedikit. MCM2 teori yang diorang gunakan salah satunya adalah menggunakan agama. Mcm contoh kita tak perlu belajar rajin2 ini semua adalah dunia belaka bukan akhirat  or buat nota, study mcm ni, x perlu struggle or study hard, study should be smart or study when exam. Ini semua merupakan salah satu perangkap yang digunakan oleh mereka dalam menjatuhkan kan di dunia universiti.

Malah lebih lagi dugaan yang aku terima di peringkat Diploma ialah disisihkan dari rakan2 or even x dapat bergroup assignment. Jangan terkejut kawan yang kau percaya pun boleh tikam kau sendiri kalau kau lemah masa tu. Betullah kata pepatah mencari kawan ketika senang mudah tetapi ketika susah adalah amat sukar. Masa pointer aku lemah ni aku telah beberapa kali disisihkan dari sebilangan orang. Diperlekehkan adalah satu kemestian dan pekara yang biasa di universiti bagi aku ketika itu. Tapi berkat kesabaran, ketahanan dan disiplin yang tinggi yang aku terapkan dalam diri aku tanpa aku kenal erti jemu, lelah dan penat. Akhirnya semester 2 aku berjaya meraih pointer 3.03 bagi GPA dan CGPA terus melonjak kepada 2.75. Waktu tu amat gembira sekali. Mereka yang selalu memperlekeh or try to push me down sangat terkejut dengan berita pointer aku ni. Sejak dari tu GPA aku tak pernah lagi ke pointer 2 sebaliknya sentiasa 3 pointer hinggalah ke semester final sem 6. Waktu semester 2 ni jugak aku dapat selesaikan masalah paper yang repeat and even sem-sem yang seterusnya aku x pernah lagi repeat paper. Paper aku sentiasa lulus. Yang terbaliknya pulak sebahagian mereka ada yang x lepas paper or even quick terus. kemudian mereka pulak yang bangga dengan aku. sampai ada pulak yang kata nak jadi mcm aku. Hahaha kelakar lah pulak dengan mcm tu.

Walaupun diorang dah  sedikit sebanyak respect aku dan aku berjaya dapat maruah aku balik kat universiti tapi walau mcm manapun aku masih lagi berhati2 be careful. This is because masih ada lagi yang nak tengok aku jatuh tersungkur sampai tergolek tak bangun terus. Kalau sampai mati or koma itu petanda lagi bagus. Pada masa ni walau apa-pun kejahatan yang diorang cuba aku berjaya elak dan patahkan. Kadang2 terkena jugak ialah nama pun manusia sedikit sebanyak terpengaruh jugak. Kepahitan di peringkat Diploma ni yang aku rasa adalah datangnya dari para pelajar yang jahat, rakus dan zalim yang tidak boleh melihat kecantikan. Mereka inilah yang digelar sebagai musang berjanggut or pakar pemusnahan. Kepahitan dari para lecterur or tenaga pengajar boleh dikatakan tiada langsung (Null Value). Aku langsung tidak punya masalah dengan tenaga pengajar. Tapi dalam kekalutan tu sebahagian membantu dan sebahagian tidak. Walaupun banyak kepahitan yang aku perolehi dan dapat ketika di peringkat Diploma ia sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada aku tentang ragam manusia sekeliling. Sejak dari pengalaman pahit tu aku mula mengatur statergi2 baru dalam berdepan dengan para ragam manusia ni di peringkat universiti. Statergi tu lebih menjurus kepada apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan diri, displin, falsafah minda bawah sedar dan langkah yang perlu dilakukan untuk berjaya dan melangkah terus ke hadapan.

Selama berjuang dalam 3 tahun di universiti segamat untuk memperolehi segulung Diploma tanpa kenal erti letih dan penat dan terpaksa kerja tanpa henti siang dan malam dan menahan kesakitan fizikal dan mental sepanjang dalam perjuangan ini. Tahniah anda telah dianugerahkan dengan Diploma Information Management (Diploma Pengurusan Maklumat). Sepanjang-panjang perhargaan dan penghormatan diberikan kepada anda kerana telah berjaya menamat program pengajian di peringkat Diploma ini.


Sunday 16 August 2015

FIM-Post Society

Pengajian Diploma dan Degree dah pun lepas. Skrg ni aku tengah focused pengajian dalam bidang master di UITM Shah alam puncak perdana. Pengajian master nampak seronok dan kedengaran gah di kalangan ramai pihak para pelajar, masyarakat, keluarga dan di kalangan saudara mara. Sepanjang pengajian Diploma dan Degree ni aku jarang menyertai mana2 persatuan yang terdapat di UITM. Banyak masa aku habiskan dengan belajar membaca dan belajar. Dunia di UITM hanya belajar dan membaca. Berjumpa dan bersosial dengan kawan2 pun jarang. Kalau berjumpa dengan friend pun just untuk discuss pasal assignment. Banyak masa aku habiskan membaca dan belajar di UITM dan aku kurangkan masa untuk pergaulan sebab aku tahu aku ni bukan boleh dikategorikan sebagai orang brilliant, genius or intelligent. Tapi kalau dikategorikan sebagai rajin, tahan penat dan effort yang tinggi dalam belajar. YES THAT ME. Belajar dan membaca setiap pagi dan malam dan masa yang teluang yang ada.

Tapi masa masa pengajian Master ni aku ubah sedikit cara hidup aku. Aku mula berjinak-jinak dengan society or Club. Aku cuba mula bergaul dan bersosial dengan orang. Dengan membuat sedikit joke, gelak bodoh and with the help of social media. Yes i can make a friend. A lot friend. Dalam pengajian Master ni society yang aku join tu ialah FIM Post Grad Society. Agak fun jugak bila join society or Club ni tapi kadang-kadang rasa mcm membazir masa pun ada. Pengalaman yang aku dapat dalam society ni adalah mcm mana nak buat or managed event. Disebabkan aku masih hijau lagi dalam dunia society and Club ni so aku lebih banyak memerhati dan diberikan tugasan yang ringan compared dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam society ni. Dari sini aku masih sedar aku masih lagi kekurangan ilmu pengatahuan dalam bidang entertain orang. But it's ok. Masih ada masa untuk belajar.

Rupa2 baru sedar pentingnya join society ni. Because join society ni mengajar kita mcm mana nak bekerja satu hari nanti. Thus it can be concluded that knowledge not only from your formal learning through class and reading at level of university. We also should acquire or obtain knowledge from informal learning such as joining a society or clubs. So ingat bila kat universiti jinak-jinakkan diri dengan society. Sebab knowledge ni mengajar kamu mcm mana nak berkeja satu hari nanti. Pengalaman aku sepanjang society ni boleh kategorikan seronok jugak. Sometimes kadang2 rasa malas pun ada ialah sebab kena attend meeting every weeks. Dah lah rumah jauh kat sek 9 kena drive untuk ke puncak perdana. kadang2 malas nak bangun pagi2 buta untuk attend society ni. However kena gagahkan diri jugak. BE STRONG and kuatkan semangat. 

Dalam society FIM Post Grad ni first event yang aku terlibat ialah manage hi-tea program. Hi-tea program ni merupakan program event untuk para pelajar cemerlang yang dapat dekan dalam satu-satu semester. Disebabkan pelajar master ni sikit so event ni dibuka kepada semua pelajar master. Tiada had. Compared dengan degree student kehadiran untuk ke program hi-tea ni diterhadkan. Kehadiran adalah untuk mereka yang dapat dekan bagi satu-satu semester. MCM2 kerja yang dibuat untuk event sampai kena balik tengah malam. That ok. Kalau nak bersosial kenalah korbankan masa sedikit tapi taklah sampai melarat sampai tak study.

 Waktu join society ni yang seronok jugak adalah dapat mengenali kawan2 baru dan dapat mengenali para lecterur. Korang mesti cakap aku kan dah kenal lecterur sebab aku dah 5tahun dalam course aku ni. Yes that right. Itu diploma dan dan degree punya lecterur aku kenal tapi kalau master ni kebanyakan lecterur adalah lecterur Ph.d. Semuanya lecterur yang aku x kenal dan jarang kenal dan tahu. Masakan tidak lecterur level master mengajar budak Diploma dan Degree and Ph.d lecterur mengajar master student. However sometimes Ph.d lecterur mengajar degree student sebab biasalah uitm masih kekurangan tenaga pengajar. Lecterur Ph.d tak ajar diploma student ok. Sebab kalau dia ajar korang nanti ramai yang tak habis pengajian pulak. Ramai yang terkandas. HAHAHA. So bila join society ni aku boleh kata aku dah sedikit knowledge pasal nak entertain people, bersocial and manage even. 

Selain tu waktu aku join society ni aku juga terlibat dalam membuka gerai makanan untuk postgraduate society. Purpose adalah untuk gain income untuk society. Masak2 aku tak tahu sangat. So jadi aku lebihkan focused pada bantu apa2 yang patut untuk majukan gerai postgrad. sorry guys tak tahu memasak. So banyak benda yang tidak boleh dibantu. 



















 

Selamat Tinggal Kedah

Selalunya sebelum ini aku selalu turun ke negeri kedah. Turun ke negeri utara ni bukan sebab nak berjalan-jalan, jumpa kawan, makan angin, bertunang or sebab ada girlfriend dekat kedah ni. But lebih kepada nak jumpa father. Dulu Ayah aku berkerja kat sini lebih kurang 3 years. Since sejak aku Diploma semester akhir semester 6. Waktu ayah aku kena tukar dekat kedah ni memang terasa amat sakit sekali di hati. Sebabnya aku terpaksa hidup berjauhan dengan ayah aku. Ye lah tidak aku tinggal di Shah Alam bersama dengan ayah aku. Then di kemudian hari aku terpaksa seperate dengan ayah aku dan aku terpaksa tinggal dengan my Mother and my Sister. Tapi kalau tinggal berjauhan tu masih tak sakit sangat lagi. Yang menjadi sakit adalah sikap segelintir para perkeja (Majikan). Ya aku tahu ayah aku merupakan seorang pegawai polis. Hidup berpindah-randah ini adalah perkara biasa apabila seseorang tu sertai pasukan polis. Hidup sebagai seorang pegawai polis ni memang hidup berpindah randah. Sekejap terpaksa ke sana dan kemudian terpaksa ke Sini pulak. Macam2 pening juga kadang-kadang memkirkan masalah pindah randah ni.

Yang menyakitkan aku ialah yang sebenarnya ayah aku tak kena pindah pun dekat or transfer ke kedah ni. Yang sebenarnya orang lain yang kena transfer. But biasalah politik dalam kerja ayah aku kena transfer jugak. Biasalah bukankah kita selalu dengar dalam polis untuk cemerlang bukanlah berdasarkan pencapaian akademik but berdasarkan sistem bodik-mebodik. Hari ni bodik-membodik tak tahulah pulak kalau esok dalam polis mengamalkan sistem sogokan berjumlah 1????. Yang sebenarnya yang kena tukar tu tak nak pergi kedah sebab dia cakap dekat kedah banyak orang melayu and even dia cakap kedah tu jauh dari rumah dia. Boleh ke bagi alasan mcm tu. Gila ke apa?. Senang sungguh bagi alasan mcm tu dalam kerja. Tak pasal2 lepas tu ayah aku pulak yang kena ditukarkan kan di kedah yang mana sebelum ni ayah aku dah pernah kena kerja ke utara. So sad and unfair.

Tapi takpelah terima jelah masalah yang dihadapi ni. Ayah aku pergi jugak dekat kedah. Kerja dekat sana. Masalah pun menimpa masa ayah aku di kedah. Mula2 masa ayah aku berkerja di kedah ni tak terasalah sangat dalam berapa bulan. But after then rumah yang keluarga aku duduk di kuaters polis sek 9 ni terpaksa di berikan kepada orang lain untuk diduduki. Why?. Kenapa terjadi mcm ni. Sedih bukan kepalang. Alasan nye mudah ayah aku dah tak kerja lagi di IPD shah alam ni so it means that kitaorang dah tak layak (DISQUALIFIED) untuk duduk kat kuaters polis sek 9 ni. So Sad and Bad lucks. So terpaksa cari rumah lain untuk disewa. Dapatlah rumah sewa dekat Condominium sri permata sek 9 ni. Kat sinilah lah masalah bermula perberlanjaan rumah menjadi berganda. Berbeza dengan duduk kat kuaters polis, duduk tak perlu bayar sewa. Free of charge.

Tapi skrg Alhamdulilah. Ayah aku dah ditukarkan tempat kerja. Skrg ayah aku bekerja di bukit amann di Kuala Lumpur. Jadi skrg perberlanjaan kami tidaklah terbeban sangat. Boleh berjimat cermat. Ayah aku telah pun dinaikan pangkat dari supt ke ACP. Thanks god.. Yang sedih nye lepas ayah aku kena tukar ke KL bukit aman ni. Aku tak akan ke kedah lagi lepas ni. X bolehlah nak rasa naik kapal terbang fire fly or malindo air lagi. Even lepas ni jarang akan ke Langkawi. This is because sebelum ni datang ke langkawi or kedah sebab ayah aku kerja dekat sana. Datang untuk melawat or sometimes pergi jalan ke langkawi. X boleh lagi nak makan kat hotel. Hahaha ialah makan kat hotel kedah ni murah compared kat shah alam ni mahal nak mampus. Sedih juga sebab kat kedah ni banyak lagi tempat aku x explore. It's ok... I'm fine. So apa pun nak cakap selamat tinggal kedah ada masa kita berjumpa lagi.



Makan besar sebelum ucap sayonara kepada kedah
Sayonara (Goodbye)