Wednesday 18 July 2012

Kelas- Renang (Pusat Akuatik)

Dalam masa menuggu result degree ni aku gunakan masa aku untuk pergi belajar berenang. Berenang tak jauh pun dekat pusat akuatik setiap hari sabtu dan ahad. Tapi kelas renang aku terpaksa dihentikan sementara disebabkan oleh adanya bulan mulia iaitu bulan puasa. So kelas renang terpaksa lah dihentikan ialah takan nak batalkan puasa tertelan air masa renang nanti kan satu problem pula nak kena ganti bulan puasa.Sepanjang belajar berenang ni macam-macam yang aku dapat tentang info dan knowledge berenang ni. Sekarang aku dah reti nak terapungkan diri dan swim tak lah macam dulu sentiasa lemas je bila kaki dah tak jejak dasar.

Apa-apapun melalui kelas renang ni aku dah tak taku lagi kat tempat kolam dalam sebab aku dah confidence. Ialah sebab hari-hari kena campak kat kolam yang dalam. Buat masa ni aku nak mengusai water confidence dan breaststroke dalam kelas renang. Tapi freestyle masih dalam usaha mendapatkan skill-skills tersebut. Buat masa ni aku kat bahagian akhir dekat level beginner. Tak mungkin satu hari nanti aku dapat gi kat level intermidiate dan advance.

Sebab utama aku belajar berenang ni sebab bagi aku susah kalau tak reti nak swim. Dengan reti nye berenang ni aku boleh selamatkan diri aku kalau lemas kat dalam air, pastu kalau ada je aktivit air jadi satu masalah pulak orang lain reti berenang kita pulak akan ditinggalkan di belakang atau tak boleh join lansung aktivit yang bersifat air. Faktor yang paling utama sebab aku belajar berenang ialah sebab aku berhajat satu hari nanti aku boleh scuba diver lebih mudah cakap terokai dasar laut. Setakat ni yang aku dengar orang cakap scuba diver ni best lebih macam nak kata macam melancong kat luar negara tu yang buat aku tak sabar-sabar nak ke dasar laut ni.

Dekat kolam pusat akuatik ni ada tempat yang dalam dengan tak dalam tempat yang dalam ialah 3m dengan 5m. Disebabkan dah reti berenang aku sekarang ni cuma training kat kolam 5m dengan 3m dulu mula-mula masuk kat gambar bawah ni lah tempat aku belajar berenang. Dah reti berenang baru masuk kat tempat dalam.



Kampus (Puncak Perdana)

Akhirnya result degree yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak. Result degree sebenarnya keluar lebih awal iaitu pada 14.7.2012 tapi aku dapat lihat pada 16.7.2012 sebabnya result degree memang keluar time 16.7.2012 tapi yang dapat tengok awal tu sebab ada kebetulan diorang dapat tengok secara tiba-tiba yang memungkinkan result tu keluar. Tapi takpe pun sebab akhirnya dapat juga aku tengok result degree aku. Aku berasa seronak campur sedih sebab aku bakal meninggalkan kampus segamat buat selama-lamanya kerana aku telah ditwarkan ke puncak perdana untuk meneruskan pengajian aku dalam bidang RECORD MANAGEMENT (IMD226). So apa yang boleh aku cakap ialah aku mungkin tidak akan ke segamat lagi kalau pergi pun mungkin atas-atas urusan tertentu. So selamat tinggal segamat, selamat datang puncak perdana.

Walaupun dapat kat puncak perdana aku berasa agak kesulitan sedikit walaupun rumah aku dekat dengan kampus lebih kurang 30 minit jugak dari rumah. Tapi kesulitannya ialah mesti menyesuaikan dengan kawan-kawan baru, tempat baru, lecterur baru dan urusan-urusan lain yang baru. Apa yang boleh aku cakap dah rasa macam part 1 semula pulak macam masa mula-mula nak masuk uitm kat segamat dulu masa buat diploma.Tapi itu semua akan aku hadapi untuk meneruskan pengajian aku dalam bidang ijazah pengurusan rekod kepujian (IMD 226). 

 




Way to Puncak Perdana