Sunday 2 March 2014

Semester baru kasut baru

Yes... Ni merupakan semester akhir. Akhirnya aku dah semester 6. Dah jadi super-super senior kat kolej. Disebabkan ini semester akhir. Mesti jumpa pun kawan-kawan yang terakhir. Lepas ni masing-masing akan buat praktikal. Lepas tu kerja takpun ada yang akan sambung belajar ke peringkat master.  Rasa-rasa ada sebahagian yang akan Lost Contact!!!. Disebabkan ni semester akhir masa ni lah nak bergaya di kolej. Lepas ni tak berpeluang dah nak buat macam ni. Sebabnya kalau aku sambung sampai ke peringkat Master sekali pun tak sama life (Kehidupan) di peringkat ijazah. Pengajian di peringkat Master bagi aku dah tahap professional. Dah takde masa untuk stylish macam zaman time2 sekarang ni. Aku rasa habis sahaja semester ni aku akan tamatkan kehidupan sebagai seorang student. So aku kenalah jadi macam employee pulak lepas ni. Rasa sedih pulak nak tinggalkan zaman ni. Tapi kena tinggal juga sebab masa tidak boleh dikawal, ditunggu dan dihentikan. Ia kekal bergerak. So kita pun kenalah bergerak mengikutinya.



 

Saturday 1 March 2014

Selamat Tinggal SEK 9

Baru nak rehat dari habis Ibadat Haji. Tiba-tiba datang berita yang tak diduga. Surat diterima dari pihak atasan pengurusan dari jabatan polis. Bahagian pengurusan rumah. Mana-mana yang sudah tidak lagi berkhimat di jabatan polis selangor dikhendaki mengosongkan rumah aparment yang diduki. Rumah akan diberi kepada mereka yang berkhimat di selangor ni. Aduh!!! tak pasal-pasal kena pindah cari rumah baru kat Shah Alam ni. Susah nak dapat rumah kat Shah Alam ni. Ingatkan senang. Dahlah susah pastu mahal pulak tu. Rumah kat sini nak sewa semuanya above Rm 1400 - Rm 2500 atau harga boleh jadi lebih tinggi lagi.  Mana nak cari rumah macam ni?.. Biasalah rumah kat Shah Alam ni untuk golongan koperat dan mereka yang berkerjaya dan mempunyai pendapatan yang lumayan dan agak besar.

Akhir- Akhir cari punya cari dapat juga rumah. Tapi kat kawasan yang jauh dari bandar pulak. Masalah rumah sette timbul masalah minyak petrol pulak. Lebih-lebih lagi harga minyak petrol sedang melonjak naik sekarang ni. Rasa tersepit pulak dengan masalah kewangan ni. Tak macam dulu duduk apartment rumah polis ni sewa tak payah bayar. Free of charge!!!. Nak buat macam mana hidup mesti diteruskan juga. Tapi aku pasti lepas habis degree ni aku nak duduk kat tempat lain. Mahal sangatlah kawasan penempatan Shah Alam ni. Tak mungkin satu hari nanti kawasan Shah Alam ni akan jadi kawasan penempatan mewah macam bukit bintang, bukit istana dan sebagainya. Runsing-Runsing!!!. Pening memikirkan masalah yang tak berkesudahan ni... Kalau dah dapat masalah angkat barang pulak. Adui masalah betullah!!!








Monday 24 February 2014

Penyucian-Jiwa

Saya sendiri tidak menyangka, tidak percaya yang bahawa satu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki ke tempat ini. Kalau dapat pijak kat tempat ni pun saya anggap mungkin waktu umur saya sudah lanjut atau waktu ketika sudah tua. Tapi pada tahun ni saya telah dapat memijakkan kaki ke tempat ini. Tempat yang saya maksudkan ialah Makkah al-Mukkarammah dan Madinah al-Munawarrah. Tempat yang merupakan pusat ibadat bagi umat islam sedunia. Malah tempat ini juga merupakan tempat lahirnya sinar islam hingga ia sampai ke seluruh pelusuk dunia. Tempat yang dianggap suci (Tanah Haram). Menjalankan ibadat Umrah memang seronok tetapi sepangjang keseronokan menjalankan ibadat terdapat berbagai ujian yang datang yang bertujuan untuk menguji kesabaran para hambanya dan tetamunya yang berkunjung ke rumahnya.

Sebelum dapat berangkat ke tanah suci kumpulan saya telah diuji terlebih dahulu. Kami terpaksa menagguhkan perjalanan ke tanah suci disebabkan masalah teknikal yang dialami oleh kapal terbang milik Arab Saudi. Untuk memudahkan urusan kami dikehendaki untuk bermalam di hotel KLIA sebelum berangkat ke tanah suci pada hari keesokannya. Bermalam dekat hotel  sama-sama ni seronok juga. sebelum berangkat dapat makan puas-puas dulu. Macam-macam juadah yang disediakan. Semua makanan dapat dirasa dan dimasukkan ke dalam perut yang kekosongan.


Attention your flight is delayed





Selain makan-makan. Masa yang ada saya gunakan tinjau-tinjau kawasan sekeliling hotel. Sebabnya lepas ni saya tidak akan tidur lagi di sini. Siapa yang nak bercuti dekat KLIA. Hotel ni pun bagi saya dibangunkan untuk emergency jika jadinya apa-apa masalah dalam pernerbangan. Pernerbangan hanya di luar negara di dalam negara tidak diterima walapun keadaannya atau masalahnya amat getir sekali. Hotel ni boleh dikatakan hotel mewah (5 Star Hotel).

















































Selepas habis sehari merayau-rayau kat hotel dan dalam airport. Hari yang dinantikan datang. Tibalah masa untuk berangkat ke tanah suci. Kumpulan saya berangkat pada waktu malam (Midnight) dan tiba di madinah pada waktu 3 pagi. Kapal terbang yang dinaiki ialah kapal terbang Arab Saudi. Setakat ni hanya dua kapal terbang milik negara asing yang saya pernah naiki iaitu Arab Saudi Airlines dengan Garuda (Indonesia). Yang lain belum pernah lagi. Mungkin satu hari nanti saya akan merasa jugak. Kat dalam kapal terbang pun makan juga. Disebabkan masa perjalanan mengambil masa 8 hingga 9 jam untuk sampai ke madinah. So makan diberi dua kali. Makanan pun boleh tahan. Kebanyakan makanan bersaskan daging kambing. Tapi daging kambing bukan makanan kegemaran saya. Saya lebih gemar kepada daging lembu berbanding daging kambing. Setiap manusia ada seleranya tersendiri tidak gitu.












Makan, Makan, Makan (Tak pernah Kenyang)












Akhirnya sampai jua

Sampai kat Madinah dah pukul 3 pagi. Perjalanan nak gerak kat hotel je pun dah makan masa. Sepanjang perjalanan ke hotel. Saya hanya tidur sahaja. Lebih baik tidur dari bangun sebab waktu sampai pada waktu malam. Tiada apa yang kelihatan. Sampai sahaja di hotel. Ingatkan boleh tidur tapi rupa-rupanya kena solat subuh dulu sebab kat sana waktu solat berbeza dengan waktu solat kat Malaysia. So kena gagahkan diri. Waktu solat di sana adalah lebih awal. Tapi first-first sampai aku tak solat dulu kat masjid Nabawi sebab terlalu penat. Ingatkan boleh sambung tidur semula. Tapi sangkaan itu semuanya meleset sebab saya kena mandi awal sebab kumpulan kami ada trip (Tempat) untuk dikunjungi. So penatnya makin tenat dan bertambah penat. Tapi gagahkan diri juga. First trip adalah pengenalan terhadap masjid Nabawi. Di sinilah terdapatnya jasad mulia yang bersemadi iaitu Rasulluah s.a.w atau (Muhammad Bin Abdullah) dan sahabatnya Umar Al-Khatab dan Abu-Bakar As-Siddiq dan yang bakal datang Isa Al- Masih (Putera Maryam)..

Waktu pertama kali masuk dekat dalam masjid Nabawi. Apa yang dapat saya lihat ialah orang tidak lekang daripada menunaikan ibadah. Macam-macam bangsa yang ada dari turki, melayu, indonesia, india, cina, jepun dan mat-mat saleh. Mereka ini semuanya tekun menunaikan ibadat masing-masing. Sepanjang berada di masjid Nabawi saya sempat menunaikan ibadat wajib dan sunat. Even saya juga sempat solat jumaat dekat masjid Nabawi. Pekara yang paling seronok sepanjang berada dekat masjid Nabawi ni ialah saya dapat lihat dengan kepala mata saya sendiri makam para sahabat dan Rasulluah s.a.w. Bahkan saya juga dapat melihat dan meninjau kawasan perkuburan baqi. Dikatakan kawasan perkuburan ini merupakan tempat pertama akan dibangkitkan nanti di padang Masyar. Bahkan kawasan ini merupakan kawasan bersemadinya para pejuang islam dan sebahagian para sahabat yang lain.

Cuaca sejuk kering

Keadaan Dalam Masjid
Kubah Hijau tanda Makam Rasulluah s.a.w di makamkan. Lubang di tengah tiada kena mengena dengan unsur yahudi dipanah petir. Lubang sebagai pengaliran Udara (Air Ventilation)
Pandangan masjid Nabawi di waktu malam
payung akan terbuka pada waktu pagi dan tengah hari. Waktu malam dan subuh akan ditutup
Makam bersemadi Rasulluah dan para sahabat (Abu Bakar dan Umar)

Perkuburan Baqi
Pemandangan di perkuburan Baqi

Sepanjang berada di masjid Nabawi tempat yang tidak saya lepaskan peluang ialah di Raudah. Untuk masuk ke kawasan ni perlu merempuh orang ramai terlebih dahulu. Kadang-kadang boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika terjatuh. Alhamdullilah saya dapat juga masuk ke kawasan ni. Kawasan yang menjadi rebutan di kalangan muslimin. Apa yang boleh saya katakan seolah-olah mereka berebut-rebut untuk masuk ke syurga. Apa-pun Raudah itu tu sendiri dikenali sebagai sebuah dari taman-taman syurga. Dekat raudah dikira sebahagian dari tempat mustajab untuk berdoa. Doa akan terus diangkat. Biasalah tempat-tempat beginilah yang sukar untuk dimasuki. Tapi saya dapat juga masuk ke kawasan ini bahkan saya sempat menunaikan solat hajat dua rakaat. Permintaan saya biarlah ia menjadi rahsia.Yang pasti saya tak mohon untuk mendapatkan isteri (Tiada unsur wanita dalam doa saya). Untuk mengatahui kawasan itu raudah adalah melalui karpet (Carpet) yang dibentangkan. Jika karpet berwana hijau itu tandanya anda berada di raudah. Tapi pada masa kini kawasan ini telah pun ditutup dengan penghadang dan beberapa orang pegawai telah ditugaskan untuk menjaganya. Palang akan ditutup kembali apabila kawasan di dalam Raudah telah dipenuhi jemaah dan akan dibuka semula apabila jemaah berkurangan di dalam Raudah.


Trip saya yang seterusnya adalah mengunjungi  masjid Quba. Masjid ini merupakan masjid yang pertama yang dibangunkan oleh Rasulluah s.a.w.. Masjid ni tiada tolok bandingnya juga dengan masjid Nabawi. Sentiasa penuh dengan umat manusia. Tidak pernah sunyi sepi. Walaubagaimanapun kumpulan saya tidak berada lama di kawasan ini. Hanya sebentar sahaja. Di kawasan inilah kami diuji di kawasan inilah pemandu bas kami telah bertembung dengan pemandu dari bas lain. Keadaan bertambah tegang kerana masing-masing bertekak untuk menyalahkan sesama sendiri. Tetapi mujur keadaan dapat dikawal. Semua persengketaan dapat dihapuskan. Trip kumpulan kami yang seterusnya adalah di pasar coklat dan kurma. Macam-macam kurma dan coklat yang ada. Setiap kurma ada khasiatnya yang tersendiri. Bahkan sesetengah kurma boleh merawat penyakit Sihir.

Masjid Quba (Masjid pertama yang didirikan)
Pemandanga masjid Quba dari jauh
Kawasan perkarangan masjid Quba

Pelbagai jenis Kurma dijual di sini
Coklat

Trip yang seterusnya kumpulan kami dibawa melawat ke Bukit Uhud. Bukit yang dulu tempat berlakunya peperangan antara muslim dan musyrikin mekah. Bukit ini juga dikenali sebagai bukit pemanah. Di sinilah tempat pemanah ditempatkan dan di sini mereka gugur syahid. Peperangan ini merupakan kali pertama umat islam tewas kepada musyrikin mekah. Apa yang menarik saya diberitahu di sini dulu pernah berlakunya banjir. Disebabkan banjir sebahagian mayat yang beratus tahun telah pun berada di atas permukaan bumi. Yang menariknya mayat mereka tidak hancur bahkan seolah-oleh mereka baru sahaja meninggal semalaman. Mayat mereka juga masih panas dan darah masih kelihatan lagi di badan mereka. Ini merupakan satu pekara yang amat menakjubkan. Darah kelihatan di badan mereka kerana mereka adalah golongan yang mati syahid. Mereka terus dikapakan dan ditanam tanpa perlu melalui proses memandikan jenazah. Saya sendiri pun terkejut mendengar maklumat ini. Alangkah bagus jika saya sendiri dapat melihat kejadian ini. Mereka yang dapat melihat kejadian ini pasti merupakan insan yang terpilih. Selepas lama berada di Madinah lebih kurang 3 hari tibalah masa untuk menunaikan ibadat Umrah. Kumpulan kami dikhendaki berangkat ke bandar Makkah pula untuk menunaikan ibadat ini. So trip seterusnya adalah ke bandar Makkah.

Bir Ali (Niat)
Bukit Uhud









 
Kawasan kuburan pemanah

Peneman di kala sunyi
Bir Ali (Niat)


Hentian Rehat sebelum ke Makkah



     

Hentian Rehat (RnR)
Usah risau Teh dan Nescafe tarik ada di sini

Sebelum ke bandar Makkah al-Mukarammah. Saya dikehendaki mamakai kain ihram. Sebelum ke Makkah kami berniat terlebih dahulu di Bir Ali. First time pakai kain Ihram ni agak terperanjat juga. Bila time niat di Bir Ali ada pula hukum-hakam yang harus dipatuhi. Kalau langgar atau terlanggar kenalah Dam (Didenda) sebab melakukan kesalahan. Tapi Alhamdullilah sepanjang dalam Ihram saya tidak pernah langgar hukum-hakam yang telah ditetapkan. Saya mematuhi dan menjaga semua berkenaan ihram dengan teliti. Sedikit info yang saya dapat dalam perjalanan ke Makkah ni kita biasanya akan diuji dengan para pemandu bas. Pemandu bas akan membawa bas dalam keadaan lambat, malas dan berhenti di hentian rehat dalam keadaan yang agak lama. Kalau perangai pemandi macam ni sudah tentu akan lambat ke Makkah. Tapi Alhamdullilah kejadian ni tak berlaku pada kumpulan kami. Semuanya berjalan dengan agak lancar. Walaupun kami tak diuji dengan sikap pemandu. Ujian tetap datang dalam bentuk lain. Misalnya pemandu kami sentiasa sesat dalam perjalanan. Tapi kami tempuh dengan sabar. Walaupun ada masa saya dan sebahagian jemaah mempunyai sedikit perasaan marah. Tapi kami tetap bersabar dengan ujian ini. Memang kami cepat marah sebabnya kami sentiasa rasa penat, letih bahkan lapar. Ini semuanya faktor yang menyebabkan mudahnya berlaku perubahan sikap di kalangan kami para jemaah.


Sampai  kat Makkah je dah kul 1.00 tengah malam lebih. Fuh!! memang penat berada lebih kurang 5 ke 7 jam dalam bas. Lepas ni dah lah nak buat ibadat Umrah. Penat. Ibadat Umrah boleh dibuat pada keesokan harinya. Tapi kalau buat esok hari tentu berada dalam Ihram lebih lama. Hari esoknya pula ada trip ke tempat lain. So malam tu jugak saya buat ibadat Umrah. Pekara yang paling penat dalam membuat Umrah ialah waktu Tawaf dan Saie. 7 kali pusingan dan 7 kali berulang alik. Kaki rasa macam nak tercabut!!!. Tapi saya gagahkan juga untuk habiskan ibadat ini. Selesai ibadat Umrah apa yang saya buat balik hotel dan terus lelapkan mata. Bangun dari tidur terus je pergi makan kat kafe hotel. Makan semua dah disediakan. Tapi makanan kat hotel ni boleh rasa bosan juga kalau hari-hari makanan berasaskan nasi arab, daging kambing. Tapi kalau nak tukar selera boleh makan kat tempat lain. Kena pandai cari tempat makan. Info yang saya dapat kat Makkah ni makanan melayu memang ada disediakan. Kalau saya nak cari masakan melayu saya akan makan di As-Saffwah.

Lepas selesai makan je. Terus pergi trip kat tempat lain pulak. Kali ni kumpulan saya dibawa pergi ke Bukit Jabal Nur. Bukit ni merupakan tempat di mana Nabi Muhammad mendapat Wahyu. Kalau nak diikutkan untuk sampai kat puncak tempat Nabi Muhammad s.a.w terima Wahyu kalau kita panjat mengambil masa lebih kurang 2 Jam. Tersangatlah Jauh!!. Boleh jadi lebih dari 2 Jam. Mustahil boleh lakukan berterusan untuk terus panjat ke puncak. Tapi saya tak panjat sebab kesuntukan masa. Alangkah bagusnya kalau kerajaan Arab Saudi boleh buat Cable Car macam dekat Genting Higlands dengan Langkawi. Tak payah panjat. Mudah untuk sampai ke puncak. Just my opinion. After than our group are been taken to where Prophet Adam and his wife is been meet together back after they have been through out from Heaven due to problem brought by Azazil itself. Saya sendiri pun sudah lupa nama tempat ni. Tapi kat sinilah mereka diketemukan semula selepas diturunkan ke dunia. Sedikit teguran di kalangan jemaah!!!. Sesetengah jemaah ada yang anggap tempat ni mustajab berdoa. Tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah sebahagian dari sejarah umat manusia. Tidak perlu solat dan berdoa di sini. Berdoa dan solatlah di tempat yang sudah ditandakan sebagai tempat mustajab.


Pemandangan di Jabal Rahmah

Add caption

















Ramainya orang

Pemandangan di Jabal Nur













Lepas selesai melihat sejarah2 kota Makkah. Kumpulan kami pun pulang semula ke Hotel Makkah. Oh ye sepanjang menjalankan ibadat Umrah di Makkah saya tinggal di Hotel tower. Movenpicks hotel. So nak buat ibadat mudah sebab dekat. Taklah penat sangat nak jalan kaki untuk ke Masjidil Haram. Habis je trip saya banyak-banyak buat ibadat (Amal soleh). kemungkinan tak berpeluang lagi untuk ke sini. Umat manusia makin bertambah ramai. Teknologi pengangkutan makin canggih. Quota makin sedikit dan dikecilkan. So kalau siapa yang berkuasa (Mampu) untuk pergi ke sana cepat-cepat lah pergi dan mendaftar dengan cepat. Buktinya banyak orang yang ingin ke sana dan keadaan yang semakin sengit. Saya telah mendaftar untuk ibadat haji. Ibadat haji merupakan kemuncak untuk segala ibadat.Walaupun dah buat registration saya hanya boleh pergi ke sana bila umur saya dah 40 tahun. Cuba bayangkan!!!. Itu pun kalau saya masih bernafas lagi dan berkesempatan ke sana. Apa-pun perjalanan ini sungguh bermakna bagi saya.

Walaupun ini merupakan ibadat Umrah dan perjalanan ini saya banyak mengerjakan ibadat. Tapi yang seronoknya saya mendapat pengatahuan dan pengalaman baru. Banyak yang saya pelajari. Salah satu nya mengenali sikap bangsa-bangsa dunia terutama bangsa Arab, Turki, Indonesia dan India. Sedikit sebanyak dapat membuka minda dan mematangkan lagi kehidupan saya sebagai seorang insan bergelar Manusia. Sepanjang berada di sini ada pekara yang seronok dan ada masa merasai kesedihan. Saya harap saya dapat ke sini lagi satu masa nanti. Bila? usah ditanya takdir yang menentukan segalanya. Jika berkesempatan saya akan ke sini lagi.


Kabbah
Pemandangan dalam Masjidil Haram


The tower




Pemandangan di luar Masjidil Haram 


When Night Comes!!!
Ramainya umat Manusia




Air Zam-Zam

Pemandangan Bandar Makkah