Sunday 16 September 2012

Weekend Day

Baru je duduk kat puncak perdana tak sampai sebulan lebih kurang seminggu dah nak balik rumah. Biasalah rumah dekat mestilah aku balik. Duduk teperap je kat bilik kelas pun tak start lagi so better lah aku balik Bosan!!!!.. Balik kat rumah ni ingatkan nak belajar berenang tapi lupa pulak yang kelas start minggu depan. Atas sebab maintainance kolam. So tak tahu nak buat apa time cuti sabtu ahad ni aku abiskan masa aku dengan gi jalan-jalan kat bandar shah alam. Tempat yang aku pergi tempat simple-simple je kat tasik, kompleks pkns dengan sacc.

Sampai kat kompleks ingatkan nak beli barang tapi tak boleh beli sebab duit dah tak ada dah (Pokai). Semua duit hasil simpanan duit raya dah guna untuk biayai pengajian. So apa yang boleh aku buat hari sabtu tu cuma basuh mata je melihat gelagat budak-budak shah alam. Barang jangan tengok nanti nak beli. Kalau nak beli pun takde duit so lebih baik kerling mata je lepas tu terus jalan.

Tapi bab makan-makan takde masalah aku gunakan sepenuhnye duit aku untuk beli makanan. Tapi makanan yang simple-simple je lah takdelah aku makan-makanan yang mahal-mahal cam domino ke pizza hut ke. Just makan-makanan yang tak mengenyangkan cth Pikir sendiri. Apa-pun jalan-jalan kat bandar shah alam ni dapat juga aku hilangkan kesepian yang ada dalam lubuk hatiku ini. Bagi aku telah memilih langkah yang tepat dengan keluar gi jalan untuk basuh mata dari tidur pada waktu petang. Apa pendapat korang?


Kampus Puncak Perdana (shah alam)


Seperti yang diketahui 9.9.2012 aku berdaftar masuk ke kolej puncak perdana. Sepatutnya aku berdaftar pada 10.9.2012 tapi disebabkan nak dan takut tak dapat kolej aku datang lebih awal. Sewaktu berdaftar Alhamdullilah aku dapat jugak kolej. Oh lupa nak beritahu kat puncak perdana ni tempat menginap tak dipanggil kolej tapi dikenali sebagai apartment comapred dekat uitm kampus segamat johor. Bila dapat apartment ni bagiaku amat memuaskan hati. Kat apatment agak besar ada ruang tamu, tiga bilik tidur dengan 2 buah bilik air. Agak selesa bukan.

Disebabkan banyak space kat apartment so banyak benda yang boleh aku gunakan terutamanya kat bahagian ruang tamu. Cuma satu je yang memeranjatkan aku. Once dapat apartment kat puncak perdana ni aku dapat tahu yuran untuk apartment ialah Rm 420.00 ringgit. Bagi aku agak mahal tapi berpatutan compared dengan duduk dekat luar bukan je kena bayar sewa tapi bil air dan eletrik. Kalau kat apartment ni just kena bayar sewa je Air dengan Eletrik tak perlu bayar. So boleh lah membazir.

Meja study dalam bilik
Buat masa sekarang kelas aku kat puncak perdana ni belum mula lagi. Tapi info yang boleh aku bagi agak memuaskan apabila berada di kampus puncak perdana ni. Ni merupakan sedikit picture tentang kampus puncak perdana uitm shah alam. Berkenaan dengan akedemik, kelas, tenaga pengajar belum dapat aku bagi info buat masa ni. Kalau ada aku kan bagitau.


Ni Katil Aku

Ruang tamu Apartment
Pintu balik aku (1D08)
Pemandangan dari luar Bilik

Friday 7 September 2012

This is last day for this mosque on friday

Hari ni merupakan kali terakhir aku akan solat dekat masjid biru ni. Biasanya kat sinilah aku akan solat jumaat cuma hari ni merupakan hari terakhir aku akan solat dekat sini. Puncanya mudah je sebab dekat tempat tinggal aku sek 9 dah diberi kuasa atau mandat oleh kerajaan untuk yang membenarkan masjid di sek 9 boleh digunakan untuk solat jumaat.Solat jumaat dapat dilakukan pada minggu hadapan bersempana dengan tarikh 14.9.2012. Atas sebab kesesakan lalu lintas semasa nak pergi dan balik dari masjid biru ni atau lebih dikenali sebagai masjid negeri shah alam aku telah memilih untuk solat jumaat kat masjid baru di sek 9 ni. Apa-pun aku mungkin akan solat kat masjid biru ni lagi mungkin untuk solat terawih tahun depan. walau apa-pun aku akan solat kat masjid ni apabila ada masa lapang.

Bosan- Tak tahu nak buat apa


Sempena cuti sem diploma ni dari bulan 4 hingga hari ni aku tak tahu nak buat apa. Masa yang aku gunakan aku habiskan dengan baca buku tidur dengan makan. Pejam celik- pejam celik rupanya aku dah hampir ingin memulakan kuliah aku dekat puncak perdana sebagai pelajar ijazah sarjana muda record management. Nampaknya kehadiran aku dekat kampus baru ni pada 10.9.2012 akan memulakan satu bentuk kehidupan baru macam part 1 masa buat diploma kat segamat. Apa yang menyedihkan kawan, sahabat dan teman dulu tak dapat lagi bersama dengan aku dekat puncak ni sebab rata-rata nye dapat kat kampus lain dan sebahagian dari mereka mengambil jurusan yang tidak sehaluan dengan aku. Nampaknya aku harus memulakan kehidupan baru dekat sini. Macam-mana agaknya hidup di kampus shah alam? Adakah ia seronok ataupun sengsara.

Thursday 6 September 2012

Selamat-Hari Raya

Selamat hari-raya. Sempena menyambut hari raya aidifitri ini aku nak minta maaf kepada siapa-siapa yang penah aku buat silap semenjak aku hidup kat atas muka bumi ni. Aku harap sempena tahun raya ni aku maaf yang aku pinta harap dimaafkan oleh semua rakyat 1 malaysia. Aku hanya minta maaf kat satu rakyat malaysia je sebabnye aku tak penah buat silap lagi dekat bangsa asing. Maklumlah aku tak pernah ke luar negara itu pun sekali kat bandung tapi itu cerita lepas. Apa-apapun aku tak pernah lagi buat dosa kat masyarakat indonesia.

Tahun ni sambutan raya aku agak tidak memuaskan. Sebab tidak memuaskan kerana raya-raya pada masa kini tak sama lagi macam sambut time raya masa aku masih bergelar kanak-kanak. Raya tahun ni bagi aku agak sunyi dan sepi. Rata-rata saudara mara aku tidak banyak yang beraya. Maklumlah masing-masing sibuk dengan dunia perkerjaan sendiri. Bagi aku tahun raya ni aku banyak habiskan masa aku kat rumah dari beraya dekat rumah-rumah orang lain. Beraya kat rumah kawan. Jauh panggang dari api. Sebabnya aku hidup pindah-randah so manalah aku ada kawan-kawan sangat. kalau ada pun kawan-kawan kat kolej tapi dah tak boleh raya juga kat rumah diorang sebabnya diorang duduk kat tempat jauh-jauh.

 So tak banyak info lah yang boleh aku cerita sebab tahun ni adalah raya yang kesunyian bagi aku. Apa-apapun aku cukup terhibur juga sebab dapat melihat kecantikan percikan bunga api yang aku beli dekat tanah siam. So macam mana pula raya korang tahun ni seronok ke tak seronok? Kalau tak seronok cuba korang kenang-kenang zaman korang masih kanak-kanak dulu seronok ke tak masa raya dan cuba buat perbandingan dengan raya pada masa kini. Apa yang aku pasti korang mesti beranggapan banyak benda yang dah berubah sempena dengan peningkatan umur kita. Yang pasti zaman-zaman yang suka-duka yang lampau tidak akan kembali semula. Ia hanya akan menjadi sebahagian dari lipatan sejarah dalam hidup kita. Ia tidak akan kembali lagi.

Makan-Makan kat Rumah Occi
My Sister
Ni lah bunga api yang menemani aku sempena raya ni