Friday 7 September 2012

Bosan- Tak tahu nak buat apa


Sempena cuti sem diploma ni dari bulan 4 hingga hari ni aku tak tahu nak buat apa. Masa yang aku gunakan aku habiskan dengan baca buku tidur dengan makan. Pejam celik- pejam celik rupanya aku dah hampir ingin memulakan kuliah aku dekat puncak perdana sebagai pelajar ijazah sarjana muda record management. Nampaknya kehadiran aku dekat kampus baru ni pada 10.9.2012 akan memulakan satu bentuk kehidupan baru macam part 1 masa buat diploma kat segamat. Apa yang menyedihkan kawan, sahabat dan teman dulu tak dapat lagi bersama dengan aku dekat puncak ni sebab rata-rata nye dapat kat kampus lain dan sebahagian dari mereka mengambil jurusan yang tidak sehaluan dengan aku. Nampaknya aku harus memulakan kehidupan baru dekat sini. Macam-mana agaknya hidup di kampus shah alam? Adakah ia seronok ataupun sengsara.

No comments:

Post a Comment