Friday 6 March 2015

Master Information Management (IM 770) Post-Graduate Studies

Setelah lama menunggu keputusan result permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master akhirnya pada 3.3.2015 telah diumumkan taniah anda telah dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Mula2 dapat result ni ingat nak tolak macam tu sahaja. Tapi fikirkan balik kerja yang dipohon pun tak dapat dan tak nampak bayang. So jadi fikir2 balik lebih baik sambung je belajar dari duduk di rumah dan tak tahu nak buat apa.

Apa pun kalau aku dapat kerja. My family advice kan aku supaya berhenti belajar ataupun buat part time. Tengoklah dulu macam mana belum dfikirkan lagi tentang masalah tu. Dapat sambung belajar Master (Post-Graduate) tapi rasa takutlah pulak. Takut tak boleh bawak subject2 yang diajar. Rasa frust, berdebar kurang yakin semuanya bercampur baur. Apapun kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan. Course yang aku dapat ialah apa yang aku pilih Master Information Management (IM 770) by Coursework. Mula2 ingat tu nak pilih by Research tapi tak confident lah pulak. So buat lah in Coursework (Fulltime).

Aku takut buat Master ni bukan sebab susah ke tidak. Tapi gaya bahasa inggeris aku yang tak berapa nak excellent sangat. Tak tahu lah boleh bawak atau tidak. Tapi aku akan cuba yang terbaik dan sedaya upaya untuk beroleh certificate dan tamatkan pengajian aku dalam Master Information Management ni ( IM 770).


Add caption

By the way  apa sebernarnya subject Information Management ni. Kalau peringkat Master ni aku tak tahu sangatlah sebab belum belajar lagi. But yang sebernanya aku dah belajar subjek ni semasa aku Diploma dulu. Nama subjeknya sama sahaja tapi yang bezanya cuma level dia je from Diploma ke Master. Apa yang aku nampak Information Management ni cabangnya agak luas jugak. Boleh kerja dalam banyak sektor dan bidang. Yang pasti bukan bidang Professional cth Lawyer, Engineer, Doctor, Chemist, Physics dan sebagainya.

Yang aku faham Information Management ni subjek dia mcm lebih menjurus kepada bidang yang menguruskan maklumat, memberi maklumat, mengawal maklumat dan mengemaskini maklumat. Macam contoh jabatan yang bagi maklumat spt Library, Archive, Resource center, Data center, Data warehouse, System management dan sebagainya. Maklumat yang diperolehi tu boleh digunakan pelbagai tujuan cth untuk buat decision (Keputusan), Forecast, Analysis and design dalam pelbagai pekara cth dalam bidang perniagaan dan ekonomi.








So senang kata subjek ni semuanya deal dan berurusan dengan maklumat sejajar dengan perkembangan dunia pengkomputeran dan Informatio technology yang mana Pengurusan maklumat dan pengatahuan diperlukan  untuk menguruskan maklumat yang pada masa kini agak complicated, tidak terurus dan dalam kuantiti yang begitu banyak (Information Explosion).

Apa pun aku akan cuba buat yang terbaik untuk belajar dan cuba untuk menguasai, memahami dan akhirnya berjaya menggenggam sijil bagi subjek course Master in Information Management. Mesti mencuba walaupun pelbagai masalah dan rintangan terpaksa dihadapi. I will try my best.





Thursday 5 March 2015

Just In Memory (Dalam-Kenangan)


Gabungan Pelajar F&E Subject Electronic Record Keeping System (IMR 664)

Electronic Record Keeping System (IMR 664) merupakan subjek dalam semester 6 bagi yang ambil course Pengurusan Rekod. Kira subjek ni merupakan subjek yang terakhir sebabnya lepas ni akan praktikal. So maksudnya after sem 6 dah takde masuk dalam kelas lagi untuk belajar melainkan sesiapa yang ada paper repeat. Disebabkan subjek Electronic record keeping system ni merupakan subjek yang terakhir. So jadi lepas ni masing2 dah takkan jumpa lagi. Masing2 akan buat haluan sendiri semasa praktikal. So jadi nak bergambar sebagai satu kenangan. Lepas ni masing2 dah tak boleh jumpa lagi even maybe dah tak kenal pun.

For me subjek ni agak susah jugak. Just reflect balik. Waktu diberi tugasan untuk buat assignment ni aku hampir2 dah nak Give up !!!. Why ? Sebabnya masa tu penuh dengan assignment (Task). Lepas tu dengan gila nya nak jawab peperiksaan akhir pulak masa tu. Waktu aku cuma ada satu paper je lagi untuk periksa akhir. Paper tu pun agak killer jugak. Paper tu adalah paper Database Application for Information Management. Nak menangis rasanya pada masa tu. Tuhan sahaja yang tahu. Waktu dalam fikiran aku cuma ada 2 pekara sahaja.

Samaada nak study untuk jawab periksa Database ni atau just biarkan gagal untuk buat assignment Electronic record keeping system or sebaliknya. Masa tu aku gagahkan diri juga, kuatkan diri dan semangat nak hadap masalah macam ni. Biasalah adat belajar ada masa yang menggilanya yang buat kita collapse pada masa2 tertentu. So jadi aku teruskan dengan buat assignment ni dan tak beberapa nak study sangat untuk paper subject Database ni. So nasib aku agak baik segala soalan dalam Database tu aku dapat jawab dengan baik. Baik2 pun akhirnya dapat B- jugak.

Apa yang jadi dengan assignment Electronic Record Keeping System (IMR 664) tu. Well aku berjaya jugak atasinya. Tapi dapat lah B+. So apapun yang dah jadi aku berjaya mengatasi segala masalah yang aku hadapi ni. Well selamatlah aku takde paper sangkut dan fail. Berjaya akhirnya. Well Done For ME....

Sunday 1 March 2015

Project- AudioVisual RTM (AV) Hanya dalam kenangan

Just dalam kenangan semasa di Semester 6 Degree. Aku dan kumpulan aku ditugaskan untuk buat satu tugasan berkenaan dengan rekod. Tugasan ni bukanlah bersifat sukarela. Tapi salah satu benda wajib yang harus dibuat untuk lulus dalam matapelajaran subjek Audiovisual ni (Rekod pandang dengar). Rekod ni ada banyak jenis. Ada yang berbentuk Paper (kertas) dan ada yang berbentuk electronic mcm kaset, pita video, CD-ROM, USB flash drive, Hard disk dan macam2 lagilah. So untuk siapkan assignment ni aku dengan group aku kena buat survey berkenaan dengan rekod AV bagi sesuatu jabatan atau agensi tersebut. Aku dengan group aku pilih RTM (Radio Telivesyen Malaysia) sebagai project assignment survey ni.

Group aku ada 5 orang kesemuanya. First mestilah aku sebagai ketua projek untuk assigment ni. Sebab aku tak berapa rapat dengan diorang semua so aku dah tak ingat sangat nama diorang. Yang aku tahu hanya 2 orang sahaja dari kumpulan tersebut. Shahim dan Amir. 2 orang lagi aku tak ingat siapa nama diorang. Untuk project ni kami dikehendaki untuk buat survey tentang rekod AV di jabatan RTM ni. Survey hanya tahap benda2 biasa je. Bukanlah tahap mcm student P.hd ngan Master. Just biasa2 sahaja.

Survey yang dilakukan adalah mcm contoh kekuatan, kekurangan, apa jenis rekod yang ada dekat RTM ni, mcm mana pihak RTM handle di punya rekod AV, Jumlah staff and budget (Peruntukan) dan jenis classification yang pihak RTM use untuk simpan diorang punya rekod AV ni. Assignment ni bagi aku amat seronok dan tak lah susah sangat sampai nak pecah otak compared dengan assignment2 yang lain.

Apa yang seronok bagi aku bila buat assignment ni ialah aku sendiri dapat membuat lawatan dan tinjauan dekat dalam RTM punya simpanan rekod2 AV milik mereka. Bukan semua orang dapat membuat lawatan ke dalam bilik rekod RTM ni. Hanya urusan yang dilihat layak sahaja akan dibernakan masuk ke dalam bilik simpanan rekod kepunyaan diorang. Mcm2 rekod ada, termasuklah movie yang diorang selalu tayang dekat TV1 dan TV2. Kalau korang tanya banyak mana rekod yang diorang ada aku boleh cakap agak banyak. Sebab diorang ada bilik khas untuk simpan diorang punya rekod2 AV ni.

Just in memory. Lepas ni aku dah tidak akan diberi peluang lagi untuk melawat RTM ni. Sebabnya aku dah Grad (Habis belajar) dan aku merasakan takdir rezeki kerja aku bukan di sini. So jadi hanya ada dalam kenangan sahaja yang dahulunya aku pernah ada di sini satu ketika dulu sebab bergelar sebagai siswazah. Apa yang boleh aku cakap aku macam tak percaya yang aku pernah ada dekat sini satu ketika dulu.

Radio Televisyen Malaysia (RTM)
With my Group Member at RTM
I with my classmates and one of my group member (Shahim)

AV record

Salah satu jenis classification yang digunakan bagi pengkelasan rekod AV
Rekod AV (CD-ROM)
Indigation room

Resource center