Sunday 2 March 2014

Semester baru kasut baru

Yes... Ni merupakan semester akhir. Akhirnya aku dah semester 6. Dah jadi super-super senior kat kolej. Disebabkan ini semester akhir. Mesti jumpa pun kawan-kawan yang terakhir. Lepas ni masing-masing akan buat praktikal. Lepas tu kerja takpun ada yang akan sambung belajar ke peringkat master.  Rasa-rasa ada sebahagian yang akan Lost Contact!!!. Disebabkan ni semester akhir masa ni lah nak bergaya di kolej. Lepas ni tak berpeluang dah nak buat macam ni. Sebabnya kalau aku sambung sampai ke peringkat Master sekali pun tak sama life (Kehidupan) di peringkat ijazah. Pengajian di peringkat Master bagi aku dah tahap professional. Dah takde masa untuk stylish macam zaman time2 sekarang ni. Aku rasa habis sahaja semester ni aku akan tamatkan kehidupan sebagai seorang student. So aku kenalah jadi macam employee pulak lepas ni. Rasa sedih pulak nak tinggalkan zaman ni. Tapi kena tinggal juga sebab masa tidak boleh dikawal, ditunggu dan dihentikan. Ia kekal bergerak. So kita pun kenalah bergerak mengikutinya.



 

Saturday 1 March 2014

Selamat Tinggal SEK 9

Baru nak rehat dari habis Ibadat Haji. Tiba-tiba datang berita yang tak diduga. Surat diterima dari pihak atasan pengurusan dari jabatan polis. Bahagian pengurusan rumah. Mana-mana yang sudah tidak lagi berkhimat di jabatan polis selangor dikhendaki mengosongkan rumah aparment yang diduki. Rumah akan diberi kepada mereka yang berkhimat di selangor ni. Aduh!!! tak pasal-pasal kena pindah cari rumah baru kat Shah Alam ni. Susah nak dapat rumah kat Shah Alam ni. Ingatkan senang. Dahlah susah pastu mahal pulak tu. Rumah kat sini nak sewa semuanya above Rm 1400 - Rm 2500 atau harga boleh jadi lebih tinggi lagi.  Mana nak cari rumah macam ni?.. Biasalah rumah kat Shah Alam ni untuk golongan koperat dan mereka yang berkerjaya dan mempunyai pendapatan yang lumayan dan agak besar.

Akhir- Akhir cari punya cari dapat juga rumah. Tapi kat kawasan yang jauh dari bandar pulak. Masalah rumah sette timbul masalah minyak petrol pulak. Lebih-lebih lagi harga minyak petrol sedang melonjak naik sekarang ni. Rasa tersepit pulak dengan masalah kewangan ni. Tak macam dulu duduk apartment rumah polis ni sewa tak payah bayar. Free of charge!!!. Nak buat macam mana hidup mesti diteruskan juga. Tapi aku pasti lepas habis degree ni aku nak duduk kat tempat lain. Mahal sangatlah kawasan penempatan Shah Alam ni. Tak mungkin satu hari nanti kawasan Shah Alam ni akan jadi kawasan penempatan mewah macam bukit bintang, bukit istana dan sebagainya. Runsing-Runsing!!!. Pening memikirkan masalah yang tak berkesudahan ni... Kalau dah dapat masalah angkat barang pulak. Adui masalah betullah!!!