Wednesday 18 July 2012

Kelas- Renang (Pusat Akuatik)

Dalam masa menuggu result degree ni aku gunakan masa aku untuk pergi belajar berenang. Berenang tak jauh pun dekat pusat akuatik setiap hari sabtu dan ahad. Tapi kelas renang aku terpaksa dihentikan sementara disebabkan oleh adanya bulan mulia iaitu bulan puasa. So kelas renang terpaksa lah dihentikan ialah takan nak batalkan puasa tertelan air masa renang nanti kan satu problem pula nak kena ganti bulan puasa.Sepanjang belajar berenang ni macam-macam yang aku dapat tentang info dan knowledge berenang ni. Sekarang aku dah reti nak terapungkan diri dan swim tak lah macam dulu sentiasa lemas je bila kaki dah tak jejak dasar.

Apa-apapun melalui kelas renang ni aku dah tak taku lagi kat tempat kolam dalam sebab aku dah confidence. Ialah sebab hari-hari kena campak kat kolam yang dalam. Buat masa ni aku nak mengusai water confidence dan breaststroke dalam kelas renang. Tapi freestyle masih dalam usaha mendapatkan skill-skills tersebut. Buat masa ni aku kat bahagian akhir dekat level beginner. Tak mungkin satu hari nanti aku dapat gi kat level intermidiate dan advance.

Sebab utama aku belajar berenang ni sebab bagi aku susah kalau tak reti nak swim. Dengan reti nye berenang ni aku boleh selamatkan diri aku kalau lemas kat dalam air, pastu kalau ada je aktivit air jadi satu masalah pulak orang lain reti berenang kita pulak akan ditinggalkan di belakang atau tak boleh join lansung aktivit yang bersifat air. Faktor yang paling utama sebab aku belajar berenang ialah sebab aku berhajat satu hari nanti aku boleh scuba diver lebih mudah cakap terokai dasar laut. Setakat ni yang aku dengar orang cakap scuba diver ni best lebih macam nak kata macam melancong kat luar negara tu yang buat aku tak sabar-sabar nak ke dasar laut ni.

Dekat kolam pusat akuatik ni ada tempat yang dalam dengan tak dalam tempat yang dalam ialah 3m dengan 5m. Disebabkan dah reti berenang aku sekarang ni cuma training kat kolam 5m dengan 3m dulu mula-mula masuk kat gambar bawah ni lah tempat aku belajar berenang. Dah reti berenang baru masuk kat tempat dalam.



No comments:

Post a Comment