Sunday 1 March 2015

Project- AudioVisual RTM (AV) Hanya dalam kenangan

Just dalam kenangan semasa di Semester 6 Degree. Aku dan kumpulan aku ditugaskan untuk buat satu tugasan berkenaan dengan rekod. Tugasan ni bukanlah bersifat sukarela. Tapi salah satu benda wajib yang harus dibuat untuk lulus dalam matapelajaran subjek Audiovisual ni (Rekod pandang dengar). Rekod ni ada banyak jenis. Ada yang berbentuk Paper (kertas) dan ada yang berbentuk electronic mcm kaset, pita video, CD-ROM, USB flash drive, Hard disk dan macam2 lagilah. So untuk siapkan assignment ni aku dengan group aku kena buat survey berkenaan dengan rekod AV bagi sesuatu jabatan atau agensi tersebut. Aku dengan group aku pilih RTM (Radio Telivesyen Malaysia) sebagai project assignment survey ni.

Group aku ada 5 orang kesemuanya. First mestilah aku sebagai ketua projek untuk assigment ni. Sebab aku tak berapa rapat dengan diorang semua so aku dah tak ingat sangat nama diorang. Yang aku tahu hanya 2 orang sahaja dari kumpulan tersebut. Shahim dan Amir. 2 orang lagi aku tak ingat siapa nama diorang. Untuk project ni kami dikehendaki untuk buat survey tentang rekod AV di jabatan RTM ni. Survey hanya tahap benda2 biasa je. Bukanlah tahap mcm student P.hd ngan Master. Just biasa2 sahaja.

Survey yang dilakukan adalah mcm contoh kekuatan, kekurangan, apa jenis rekod yang ada dekat RTM ni, mcm mana pihak RTM handle di punya rekod AV, Jumlah staff and budget (Peruntukan) dan jenis classification yang pihak RTM use untuk simpan diorang punya rekod AV ni. Assignment ni bagi aku amat seronok dan tak lah susah sangat sampai nak pecah otak compared dengan assignment2 yang lain.

Apa yang seronok bagi aku bila buat assignment ni ialah aku sendiri dapat membuat lawatan dan tinjauan dekat dalam RTM punya simpanan rekod2 AV milik mereka. Bukan semua orang dapat membuat lawatan ke dalam bilik rekod RTM ni. Hanya urusan yang dilihat layak sahaja akan dibernakan masuk ke dalam bilik simpanan rekod kepunyaan diorang. Mcm2 rekod ada, termasuklah movie yang diorang selalu tayang dekat TV1 dan TV2. Kalau korang tanya banyak mana rekod yang diorang ada aku boleh cakap agak banyak. Sebab diorang ada bilik khas untuk simpan diorang punya rekod2 AV ni.

Just in memory. Lepas ni aku dah tidak akan diberi peluang lagi untuk melawat RTM ni. Sebabnya aku dah Grad (Habis belajar) dan aku merasakan takdir rezeki kerja aku bukan di sini. So jadi hanya ada dalam kenangan sahaja yang dahulunya aku pernah ada di sini satu ketika dulu sebab bergelar sebagai siswazah. Apa yang boleh aku cakap aku macam tak percaya yang aku pernah ada dekat sini satu ketika dulu.

Radio Televisyen Malaysia (RTM)
With my Group Member at RTM
I with my classmates and one of my group member (Shahim)

AV record

Salah satu jenis classification yang digunakan bagi pengkelasan rekod AV
Rekod AV (CD-ROM)
Indigation room

Resource center


No comments:

Post a Comment