Friday 6 March 2015

Master Information Management (IM 770) Post-Graduate Studies

Setelah lama menunggu keputusan result permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master akhirnya pada 3.3.2015 telah diumumkan taniah anda telah dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Mula2 dapat result ni ingat nak tolak macam tu sahaja. Tapi fikirkan balik kerja yang dipohon pun tak dapat dan tak nampak bayang. So jadi fikir2 balik lebih baik sambung je belajar dari duduk di rumah dan tak tahu nak buat apa.

Apa pun kalau aku dapat kerja. My family advice kan aku supaya berhenti belajar ataupun buat part time. Tengoklah dulu macam mana belum dfikirkan lagi tentang masalah tu. Dapat sambung belajar Master (Post-Graduate) tapi rasa takutlah pulak. Takut tak boleh bawak subject2 yang diajar. Rasa frust, berdebar kurang yakin semuanya bercampur baur. Apapun kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan. Course yang aku dapat ialah apa yang aku pilih Master Information Management (IM 770) by Coursework. Mula2 ingat tu nak pilih by Research tapi tak confident lah pulak. So buat lah in Coursework (Fulltime).

Aku takut buat Master ni bukan sebab susah ke tidak. Tapi gaya bahasa inggeris aku yang tak berapa nak excellent sangat. Tak tahu lah boleh bawak atau tidak. Tapi aku akan cuba yang terbaik dan sedaya upaya untuk beroleh certificate dan tamatkan pengajian aku dalam Master Information Management ni ( IM 770).


Add caption

By the way  apa sebernarnya subject Information Management ni. Kalau peringkat Master ni aku tak tahu sangatlah sebab belum belajar lagi. But yang sebernanya aku dah belajar subjek ni semasa aku Diploma dulu. Nama subjeknya sama sahaja tapi yang bezanya cuma level dia je from Diploma ke Master. Apa yang aku nampak Information Management ni cabangnya agak luas jugak. Boleh kerja dalam banyak sektor dan bidang. Yang pasti bukan bidang Professional cth Lawyer, Engineer, Doctor, Chemist, Physics dan sebagainya.

Yang aku faham Information Management ni subjek dia mcm lebih menjurus kepada bidang yang menguruskan maklumat, memberi maklumat, mengawal maklumat dan mengemaskini maklumat. Macam contoh jabatan yang bagi maklumat spt Library, Archive, Resource center, Data center, Data warehouse, System management dan sebagainya. Maklumat yang diperolehi tu boleh digunakan pelbagai tujuan cth untuk buat decision (Keputusan), Forecast, Analysis and design dalam pelbagai pekara cth dalam bidang perniagaan dan ekonomi.








So senang kata subjek ni semuanya deal dan berurusan dengan maklumat sejajar dengan perkembangan dunia pengkomputeran dan Informatio technology yang mana Pengurusan maklumat dan pengatahuan diperlukan  untuk menguruskan maklumat yang pada masa kini agak complicated, tidak terurus dan dalam kuantiti yang begitu banyak (Information Explosion).

Apa pun aku akan cuba buat yang terbaik untuk belajar dan cuba untuk menguasai, memahami dan akhirnya berjaya menggenggam sijil bagi subjek course Master in Information Management. Mesti mencuba walaupun pelbagai masalah dan rintangan terpaksa dihadapi. I will try my best.





1 comment:

  1. Asalamualaikum..so mcmn skrg bila da smbg..rs brat x utk ambl master..sy tgh bfkr2 jgk sbb trkh last pndftrn 19/11/15 ni..mslh sy xconfident sbb my english level

    ReplyDelete