Monday 23 February 2015

What Happen During Industrial Training ?

First of all, what i would like to said is that it take about  5 month for me to completed this industrial training which is one of the conditional to grab and hold my degree and to finish this last semester. Semester ke -7 merupakan semester yang terakhir. Merupakan semester yang bukan lagi duduk dalam kelas tapi para pelajar diwajibkan untuk buat Practical training dekat mana2 jabatan, Kerajaan atau Swasta. So sewaktu nak pilih tempat kat form yang lecterur bagi boleh isi hanya dua tempat saja untuk buat praktikal (Industrial training). First choice aku letak Swasta and second choice aku letak kerajaan. First choice nama Company tu ialah PRISM (Professional Record Information System Management) and second choice is jabatan kerajaan, JAKESS (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor). Berapa lama punya tunggu maklumbalas pun di terima. Jawapannya ialah aku diterima untuk buat Industrial training dekat PRISM ni...

Memang sengaja aku letak PRISM first choice and JAKESS second choice. Sebabnya ialah untuk pengatahuan kalau buat Industrial training dekat kerajaan tak dapat duit and kalau buat dekat swasta biasanya lah dia akan kasi sedikit wang. Banyak atau tidak tak dapat nak dipastikan. Paling busuk pun boleh dapat dalam RM 700.00 ke RM 1000.00  ringgit. Tapi bukan semua tempat macam tu. Kalau kat tempat kau kat PRISM ni dia hanya bagi lebih kurang RM 200.00 ringgit sebulan. So totalnya yang aku dapat ialah RM 1000.00 bagi tempoh 5 bulan praktikal kat prism ni. Memang dapat sikit duit kalau buat Industrial training dekat PRISM ni sebabnya dia cuma syarikat kecil-kecilan. Baru nak membangun. Modal tidaklah seberapa banyak. Modal yang ada cukup untuk hidup. Senang kata syarikat ni adalah dikategorikan sebagai syarikat SME (Small Medium Enterprise).

Tapi tujuan aku pilih tempat ni untuk buat Industrial training bukanlah sebab semata kerana duit atau wang. Memanglah duit tu penting tapi itu bukan sebabnya atau Orang putih kata Main Reasons or Main Priority. The first reasons is because I can have a lot of experience and anywhere it related with my subject in Record Management. That why I choose this place to do my Industrial training.  Apa yang company ni buat ?, Apa main businees dia ? Apa peranan dia and Apa fungsi syarikat ni ?. Untuk Pengatahuan, Company ni service dia adalah uruskan atau Manage every record yang telah dibuat oleh mana2 jabatan. Tidak kira jabatan kerajaan atau swasta. Mana2 jabatan yang berminat untuk guna service dia akan dikenakan sedikit bayaran bagi menguruskan setiap rekod yang dipunyai oleh jabatan tersebut.

Professional Record Information System Management

Mr Ravi Kanagasabapathy (Director Of PRISM)

Prism tempat ke - 10 yang tersenarai dalam SME (Small Medium Enterprise)

Jenis File
Rekod apa? Macam- macam rekod. Setiap jabatan mesti akan mengeluarkan rekod bagi setiap aktiviti yang dibuat oleh jabatan tersebut. Macam contoh kalau hospital surat kelahiran, surat beranak, surat cuti sakit, surat kebenaran, rekod pesakit, bill bayaran dan lain-lain semua tu dikira rekod. Kalau korang kata jabatan korang takde rekod maknenye jabatan korang tak wujud atau tak berfungsi. Macam yang aku cakap company ni uruskan rekod-rekod yang dibuat oleh setiap jabatan. Contoh service yang syarikat ni buat ialah Filling of file, Pemusnahan rekod, Simpan rekod, Consultation of record management, Scanning and preservation.

Kat sinilah aku habiskan masa aku selama 5 bulan untuk finishkan aku punya Industrial training. Start di bulan 1.8.2014 hingga hari terakhir 31.12.2014. Macam-macam penat lelah, perit getir yang terpaksa aku lalui sepanjang buat Industrial training kat sini.. Boleh kata kat tempat ni jugalah berlakunya sedikit episod hitam dalam diri gua. Hari pertama pendaftaran di PRISM yang terletak di Bukit Jelutong senang cakap depan banggunan yang tersilap buat SPACE U8. Banggunan PRISM ni kalau korang perasan dia terletak betul-betul depan banggunan SPACE U8. Senang kata takdelah depan sangat. Yang pisahkan banggunan ni adalah Jalan raya sahaja. Banggunan ni agak tersorok sedikit kat dalam semak, Banggunan ni macam warehouse.

Banggunan Space U8

First day. Hari malang aku. Aku pergi ke PRISM guna kenderaan aku. Waktu sesi brief macam biasa kenalkan diri masing2. Kat PRISM ni hanya 12 orang je yang buat Industrial training dekat sini. Tapi semuanya Course yang sama Rekod. Masa tengah gelak-gelak ketawa time brief and memperkenalkan diri masing2. 2 orang pekerja dia Mrs Shabina Baskaran and Mr Preveen tanya siapa yang ada transport. Aku pun angkatlah tangan cakap yang aku ni ada transport. Tanpa disangka rupa-rupanya aku kat PRSIM ni ada kena buat kerja Fieldwork (Tugasan Luar). Bila dia tahu je aku ni ada transport apa lagi dia suruh aku pergi ke Wisma Chase kat Kuala Lumpur (KL). Aku pun apa lagi bagi seribu macam alasan. Tapi tak boleh elak kena pergi jugak. DAMN !!!

Wisma Chase Perdana
4 orang telah dipilih aku, 2 budak perempuan Umi Kalsom, Nadirah dan sorang lagi lelaki budak serawak Leo anak Lanoi. Pergh!!! celaka betul tempat tu dah jauh pastu traffic jam pulak. Rasa menyesal sedikit demi sedikit ada dalam diri ni. Tapi aku buat tak endah je. Masa tu rasa nak marah dekat Lecterur aku Sir Zairul pun ada sebab tak bagi tahu kitaorang budak praktikal yang PRISM ni ada kasi task buat kerja luar. Apa yang MR Preveen cakap ni bukan salah dia. Dia dah explain almost everything to our Lecterur. Go to Hell!!!.

Sampai je dekat Wisma Chase ni. Aku diperkenalkan dengan Seorang Cina yang merupakan penyelia kat tempat ni. Aku sendiri dah tak ingat nama Pompuan Cina ni sebenarnya. Sorang lagi India. Sorry tu say aku pun tak ingat juga nama si India ni. First task aku. Aku diajar buat Quality control and Document Scanning kat Wisma chase ni. Easy task, hanya duduk depan komputer. Kerja yang boleh tahan tapi agak membosankan. My Opinion kerja ni sangat sesuai untuk orang yang bermalas-malasan. Kerja ni untuk aku Never !!!. Tidak sesekali.

PTPTN Wisma Chase

Wisma Chase

Untuk pengatahuan korang aku ada dekat Wisma Chase ni cuma lebih kurang selama seminggu sahaja. Sebabnya parent aku involved tak kasi aku teruskan pergi ke Wisma Chase ni. Why?. Something bad have already happen. Dalam perjalan pulang dari Wisma Chase ni dalam hari ketiga aku menjalani Praktikal ni. Aku dah terlenyek kaki seorang budak Perempuan ni yang sama2 praktikal dengan aku kat Wisma Chase. Aku terlenyek kaki Umi Kalsom ni. Waktu tu takut bukan main gila. Risau pulak aku kalau dia kudung ke atau jadi CACAT. Disebabkan case ni aku di Marking di PRISM and Si Umi ni tak dapat buat Praktikal for few days due to leg problem. Doctor suggest she should has some rest.

Aku tetap kuatkan tekat untuk Praktikal. Aku pergi juga ke Wisma Chase even family aku menentang habis-habisan supaya aku berhenti untuk Praktikal dan mencari tempat lain. Hari ke-4. Macam hari2 biasa. Tanpa disangka aku telahpun sesat kat Kuala Lumpur dalam perjalan pulang dari tempat Praktikal. Sesat selama 3 Jam di Kuala Lumpur. What can I Said. Sungguh hari2 yang malang. Hujan, Traffic Jam, penat, Kesejukan semuanya bercampur baur. Sampai kat rumah dah malam lebih kurang kul 9.30 Malam. Hari yang amat malang.

Kat Wisma Chase ni ada banyak jabatan. Tempat yang aku buat Kerja ni ialah kat PTPTN. PTPTN ni adalah salah satu jabatan yang ada kat dalam banggunan Wisma Chase ni. Yang sebenarnya banyak lagi jabatan yang ada kat dalam Wisma Chase ni. Tapi aku tak banyak jalan2 kat Wisma Chase ni sebab environment dia membosankan. x seronok. Biasalah banggunan lama. Apa boleh kata. Datang sini just untuk buat kerja sahaja.

Coz dah jadi macam tu parent aku involved untuk masuk campur. Kakak aku telefon Pn. Shabina ni untuk mintak supaya aku tak lagi dihantar ke Wisma Chase. So next yang seterusnya aku tak lagi dihantar ke Wisma Chase. Tempat kau diganti oleh orang lain. Tempat aku diganti oleh Haris and Rohana bagi untuk 2 budak perempuan tu. So jadi yang pergi ke wisma chase ni hanya 3 orang sahaja Rohana, Haris and Leo. Aku safe dan selamat dia suruh aku kerja kat Main HQ je. Walaupun selamat daripada kena pergi ke Wisma Chase.Tapi dah confirm dah kena marking dengan member and pekerja kat situ. Itulah Hakimi !!!!.

So apa yang aku buat kat Main Prism ni ?. Kat sini aku just buat kerja Data entry, Checking, Checking JPA file guna komputer, tukar kotak rosak, buang kotak, Kerja kat warehouse, Buat labelling barcode number dan kerja2 teknikal. Agak bosan juga sebab buat kerja yang sama setiap hari. Boring !!!. Member jangan haraplah mestilah diorang dah mark aku. Confirm dah kena pulau (Diasingkan) Quarantine.

Inside PRISM Warehouse



Manifest Sheet
Divide Task


Tanpa disangka dalam bulan 9 lebih gitu ada kerja luar lagi kena buat. Mampus. Kali ni kerja buat packing kat Mid Valley. Not so bad. Look like the task is so easier. Group dipecahkan kepada dua. Group Aku kena buat kat Mid Valley dan yang satu lagi punya Group kena buat dekat PKNS. Yang kerja kat Mid Valley orang2 dia ialah Aku, Aelsa, Umi, Nadirah and Kiki. Kerja kat sini yang aku buat kebanyakan nye adalah kerja2 packing. Kerja kat sini agak seronok jugak compared kerja kat Main Prism. Sebab reasons utama nya takde orang monitor kalau kerja kat sini and the second reasons is because kerja kat sini time rehat boleh pergi ke Mid Valley Megamall.


Kotak JKR diguna untuk simpan file

Rekod dalam bentuk Drawing Plans

Umi, Aelsa dan Kiki tekun melakukan tugasan

Kotak milik PRISM untuk packing Drawing Plans

Barcode number

Kerja kat Mid Valley ni kebanyakan kerja yang aku buat ialah kerja Packing untuk File and Drawing Plans. Oh lupa lak kerja Packing yang aku buat ni bukan dekat Mid Valley tapi kat JKR (Jabatan Kerja Raya) berhadapan dengan Mid Valley. Kat JKR ni tak perlulah aku sebut fungsi jabatan ni but melalui rekod yang diorang ada kebanyakan nye adalah rekod berkenaan perjanjian dan lukisan-lukisan struktur banggunan. Aku buat kerja packing kat JKR ni lebih kurang dalam 1 bulan lebih. Orang JKR ni agak baik juga orangnye. Selalu je ada makanan yang dihidangkan untuk kitaorang untuk para pelajar praktikal.



Rekod dari JKR siap sedia untuk dihantar ke PRISM warehouse

Drawing Plans Boxes and Files Boxes
Umi, Nadirah, kiki, Aelsa Mid Valley Megamall Mc Donald
Breakfast before going to work at TTDI

Episod hitam untuk kerja yang aku buat yang berlaku kat sini tak banyak sangat. The 1st buat kerja kat sini episod hitam nye ialah tersilap photostat and silap masuk borang dalam kotak-kotak rekod. Bad days for the first day. Salah satu masalah lain yang aku hadapi dekat sini ialah dengan kawan-kawan sekerja aku sendiri. Some of them tak nak membantu dan pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang semua kerja tu aku yang kena buat. Kadang2 kerja yang nak dibuat ni tak cukup tangan untuk accomplish kerja2 lain. Sangat kejam or So Cruel. Salah satu masalah yang aku hadapi untuk pergi kat Mid Valley ni ialah masalah transport. Kadang2 Mr Preveen penyelia aku ni tak dapat hantar aku ke Mid Valley so jadi aku kena drive untuk pergi ke sana untuk siap kerja packing rekod-rekod milik jabatan JKR ni. Problemnye ialah kereta yang diaorang kasi ni dah tahap nazak. Memang tak sesuai langsung untuk drive. Tapi aku gagahkan diri untuk pandu kereta tu untuk ke Mid Valley untuk siapkan kerja packing yang diorang kasi. How can I said Demi Tugas yang diamanahkan. Just do it !!!!. Guna kenderaan aku untuk ke Mid Valley of courselah tak. Kalau nak gi jalan boleh. Kerja kena siapkan cepat dekat Mid Valley ni sebab diorang nak pindah ke tempat lain. So apa yang aku buat selaku person in charge dekat my group. Aku pindahkan semua rekod diorang yang tak siap untuk dipacking kat JKR tu ke Main HQ PRISM untuk dipacking di HQ.

How i can said my task are succesfully completed. Congratulation to me. Once finish buat kerja packing for record that are belong to JKR. Aku sambung tugas-tugas biasa kat Main HQ. Kerja-Kerja macam biasa yang aku buat sebelum ni. Boring !!!. Dalam bulan sebulan gitu nak buat Even kat PRISM ni. Sebenarnya dah rancang awal untuk buat program ni but delay due to few problem happen. For example busy with a lot of task for top manager, management and practical student.   Wek !!!. Delay punya delay bulan 11 baru buat. Yang sebenarnya aku malas nak gi event ni tapi kena pergi juga. Atas alasan compulsory. Aku try juga bagi some accussed tapi tak berjaya. So kena pergi juga. Ngada2 lah PRISM ni. Kena pergi juga yang kononya nanti tak meriah, tak support group dan macam2 tuduhan lain lagi. So pergi jelah.


Banner design by one of our practical student

Pentas untuk persembahan
Have fun my friend



Boring !!!

Kak Mia and Haris

Lupakan semua tentang kerja dan tugasan

Untuk pengatahuan korang event PRISM happy day ni di buat di main HQ PRISM. Gabungan practical student dengan Staff dari PTPTN kat Wisma Chase tempat kerja aku dulu. Macam2 yang dibuat nyanyi, Karoake, Games, bergambar. Senang kata all activities that are make are just for funs. Seronok juga sebaik aku pergi event ni. Tinggal sebulan lagi kat PRISM ni. Yes lepas ni dah habis practical. Boleh cari kerja takpun sambung belajar buat Master dalam bidang Information Management (IM 770).

Apa jadi dalam masa  lebih kurang 1 bulan lagi je tinggal untuk finishkan Industrial Training ni. Takde apa pun yang terjadi. Nothing happen. Hanya buat kerja2 macam biasa-biasa semula. Kerja macam dulu. Dalam bulan ni cuma sekali je aku keluar dari Main Prism untuk buat kerja luar. Packing jugak. Kali ni cuma 2 orang sahaja. Aku dan Rohana. Kerja packing hanya sehari je dekat MAKNA. Pusat kanser. Tak banyak benda pun untuk dipacking. Just packing untuk benda2 biasa sahaja. 

Hari terakhir dekat PRISM adalah dibuat sedikit games dan jamuan. Then Finishlah Industrial training aku dekat PRISM ni. Lepas dah saling bermaaf-maafan dengan diiringi air mata. Semua meluahkan segala kekesalan dan meminta maaf terhadap apa yang dah berlaku. Same go with me too. Selamat tinggal PRISM. Boleh aku kata ni merupakan hari terakhir aku bersama-sama dengan kawan aku. Lepas ni masing2 akan buat haluan sendiri untuk cari kerja. Kebarangkalian mungkin dah tak akan jumpa lagi buat selama-lamanya. So banyak-banyak minta maaf. Selamat tinggal korang ada masa kita jumpa lagi. WISH YOU ALL THE BEST IN YOUR LIFE.


Last day in PRISM (Leo, nadirah, Adibah, Julia farha, Rohana, Kiki)
Makan2 sama kat TTDI. (Hakimi, Dennis, Leo, Haris, Julia Farha, Clarice, Adibah, Kiki, Umi, Nadirah, Rohana, Aelsa)
Game Start (Last Day in PRISM)
 
Last Day In PRISM (DESTINY)






No comments:

Post a Comment