Tuesday 20 August 2013

Cuti Sem Di Kedah

Cuti semester (semester break) dah pun bermula bagi pelajar Uitm student degree. Cuti semester ni memang kena dengan waktunya sebab berhampiran dengan sambutan bulan puasa dan syawal. Cuti yang panjang lebih kurang dua bulan lebih ni lebih baik guna untuk buat satu-satu pekara yang berfaedah yang boleh isi masa lapang dari menghadap TV dengan habiskan masa atas katil. Planing time cuti ni ingat nak belajar berenang kat pusat Akuatik Shah Alam tapi apakan daya bulan puasa telah kian menjelma so aku terpaksa batalkan hasrat hati nurani ni. Sebabkan tak tahu nak buat apa time cuti-cuti semester ni so my parents (Father) ajak aku stay ke kedah. So aku pun ikut saja rancangan ayah aku ni dari duduk saja kat rumah tak buat apa-apa lebih baik buat satu benda (pekara) yang lebih adventerous. Tunggu dan menanti hari yang tiba aku pun sampai lah kat kedah. Kat kedah di alor setar aku just stay je kat rumah ayah aku.

First time kat kedah ni lebih kurang seminggu stay kat rumah ayah aku rasa bosan sungguh. Rasa nak balik rumah shah alam balik pun ade!!. Sebabnya rasa bosan pastu cuaca kat kedah panas biasalah dekat dengan garisan khatulistiwa sebab tu cuaca kat sini panas ditambah pulak dengan aktiviti membakar padi di kalangan petani jadilah bertambah panas. Lebih lama tinggal kat kedah kat bahagian Alor setar maka tiba-tiba rasa bosan mula hilang lebih lagi kat time syawal nak menjelma. So boleh katakan aku stay kat kedah ni sampai hari raya puasa. Lebih kurang sebulan lebih jugak. Althought time raya hampir-hampir nak tiba rasa sedih mula terasa sebabnya tak dapat raya kat kampung tambah pulak ayah aku tak boleh nak balik ke shah alam sebabnya ada banyak tugasan (Office task) yang harus diselesaikan. So kenalah raya kat kedah.

Walaupun rasa sedih sebab kena raya kat kedah tapi kedukaan dan kesedihan di hati ni terubat jugak sebab banyak benefit and advantages yang aku dapat sepanjang berada di kedah ni. Yang pasti bukan sebab duit raya, makanan. Yang pasti ia adalah experience!!. Sepanjang berada kat kedah ni banyak yang aku dapat salah satunya dapat beraya dekat rumah ketua polis negeri kedah. Banyak yang dapat aku perhatikan dan lihat.



Makan time raya (Tradisional)






Sepanjang berada kat kedah ni pekara yang dapat hilangkan bosan,bosan,bosan sepanjang di bulan puasa kat kedah dapat makan dan berbuka puasa di hotel. Lepas-lepas habis je solat sunat terawih lapan rakaat kat masjid lepak-lepak pulak kat hotel makan kuew teow, kuih tak pun minum-minum. Tujuannye untuk menambah tenaga. Pelik kenapa dapat bebuka puasa ngan makan kat hotel even bagi tanggapan seseorang ia pembaziran, buang masa. Sebab kat sini harga agak berpatutan, murah so boleh lah nak try berbuka ngan makan kat hotel compared lah kat Shah alam semuanya mahal pastu letak harga pun mahal-mahal untuk barang. Marah Betulah!!!.. Oh terlupa kat Shah alam kan untuk golongan elit ngan koperat sebabtu peniaga letak harga mahal-mahal. Untuk yang kerja makan gaji atau kerja kerajaan kurang mendapat faedahnya.. Kalau saya tersilap maafkan saya. So tak sia-sia juga aku stay kat kedah ni.


Tabung Haji Travel Hotel






Kat kedah ni bukan setakat makan-makan je. Aku sempat juga pergi melawat rumah Perdana menteri Malaysia yang sangat terkemuka Tun Dr Mahathir. Rumah yang dilawat rumah yang diwartakan sebagai muzium bukannye rumah yang dia duduk ye. Dekat muzium ni menceritakan semua berkenaan Tun Dr Mahathir dari salasilah keturunan, perkerjaan, sejarah, dan sebagainya. Nasihat aku lawatlah muzium ni macam-macam info yang boleh dapat. Mesti tak dijangka bagaimana hebatnya sejarah selok-belok kehidupan beliau. Apa yang aku boleh cakap kehidupan dia sangat interesting dan menarik. He is genius guy in Malaysia. Susah untuk mencari lelaki spt ini di malaysia. Bangga dengan beliau!!!. Kadang-kadang aku terfikir adakah lagi orang spt beliau yang akan muncul lagi di malaysia untuk memimpin negara ni. Sukar mencari individu spt ini dalam di kalangan umat islam pada era (Abad) masa kini. Apa yang aku boleh katakan jika muncul lagi individu spt ini di dunia pada masa kini sudah tentu dia boleh menakluk dunia di bawah pemerintahanya. Sebelum tu aku juga nak mintak maaf dengan pihak muzium sebab mengambil gambar-gambar kat bawah ni tanpa kebenaran. Sebab time aku ambik gambar aku baru tahu rupa-rupanya ia adalah kawasan larangan untuk ambik gambar. Tapi nak buat camne lensa kamera sudah dipetik. what is made cannot be unmade..




Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir
Ruang Tamu Rumah Tun Dr Mahathir

Kawasan Hadapan rumah

Oops Sorry.

Setelah seminggu berlalunya raya-raya sakan. Aku ikut ayah aku lagi untuk meneroka daerah-daerah negeri kedah. Trip aku yang seterusnya pulak ialah sungai petani. Sungai petani ni agak menarik lebih padat, sesak dan rancak compared dengan daerah Alor Setar. kat sini aku bermalam dekat resort hotel cinta sayang. Menginap selama 3 hari 2 malam kat sini amat menyeronokkan. Dapat tenang diri buat sementara waktu jauh dari dunia luar yang sibuk dan hiruk-pikuk. Melupakan tugasan assignment sementara waktu dengan mengamati keindahan hijau alam resort cinta sayang. kat sini aku menginap di sebuah bilik hotel kemudian tukar pulak menginap di apartment cinta sayang. Kat sini aktiviti utama adalah untuk bersantai main golf tapi sukan lain disediakan juga cth memanah, berenang. Yang utama adalah Golf tak main sebab aku tak berminat pada game golf ni. Duduk kat sini banyak dihabiskan masa dengan di bilik. Rasa bosan tapi dapat tenangkan diri macam penyebuhan reiki pulak..












No comments:

Post a Comment