Monday 10 February 2014

Set-Up Library

Berada di kolej ada masa menyeronokkan dan ada kala membosankan. Lebih-Lebih lagi di kala hujung minggu (Sabtu & Ahad). Masa di hujung minggu biasannya digunakan oleh student untuk pelbagai aktiviti misalnya shopping, tidur, wayang dan aktiviti club. Bagi yang rumah dekat mestilah akan pulang ke rumah untuk bersama dengan keluarga. Bagaimana pula yang ahli keluarga berjauhan apa yang bisa dilakukan oleh mereka di kala hujung hujung minggu di kolej? Macam saya yang kolej berhampiran dengan rumah biasannya akan pulang ke rumah untuk bersama dengan keluarga. Mesti balik rumah sebab jimat berbeza duduk dekat kolej terumatanya time2 berkenaan makanan. Bagi yang suka diet bolehlah berjimat tapi mcm dengan orang yang kuat makan. Mesti dalam sehari boleh habis lebih dari Rm20, Ke Rm30 ringgit!!

Untuk mengelakkan bosan pada hari sabtu dan ahad. Saya mengambil masa untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab yang saya sendiri sertai. Kelab Experimental Library atau (EL). Dengar saja dah membosankan. Lebih-lebih yang berkenaan dengan bab-bab library. Semua berkenaan dengan buku, majalah, surat khabar, jurnal dan tulisan hasil-hasil kerja (Thesis). Aktiviti kelab yang disertai oleh saya ialah kami telah diarahkan untuk membantu membangunkan sebuah bilik bacaan khas bagi sebuah masjid di puncak Alam. Masjid yang dikenali sebagai Al-Furqan mermelukan kepakaran kami dari fakulti pengurusan maklumat untuk membantu membangunkan sebuah library yang boleh digunakan oleh penduduk berhampiran masjid untuk tujuan pembacaan.

Sepanjang menjalankan aktiviti membangunkan Library masjid Al-Furqan ini apa yang didapati oleh saya ialah sebahagian dari bahan-bahan bacaan masjid adalah kurang releven dan tidak sesuai untuk ditatap. Sebahagian bahan bacaan memerlukan tahap pemahaman yang tinggi dan sukar untuk difahami oleh golongan biasa atau masyarakat awam. Sebahagian bahan bacaan pula tidak ada kena mengena dengan islam. Walauapapun pihak pengurusan masjid tidak boleh disalahkan. Ini kerana masjid hanya menerima bahan bacaan yang diberi oleh masyarakat. Dalam istilah pengajian kami dikenali sebagai (Donation) by vendor, supplier, customer or public itself.

Apa yang membanggakan kami yang menjalankan this kind of activities which most of people thought and see as boring and waste of time have been fully success made by us. Saya dan rakan2 yang lain telah berjaya membangunakan library ini yang boleh diguna pakai oleh penduduk sekeliling. Dengan adanya library masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk melaksanakan solat bahkan untuk tujuan riadah yang bersifat santai. Secara jujurnya menyertai aktiviti ini bagi saya memang membosankan dan memenatkan. Tapi di pengakhiranya terasa seronok pula walaupun kami tidak diberi apa-pun dalam menyertai program melainkan sekeping sijil tanda pernyertaan.

After just finish our work. Penasihat bagi aktiviti bagi program ini yang juga merupakan seorang pensyarah telah belanja ahli kumpulan kami untuk menikmati makan malam Mc Donald. Hanya ahli kami sahaja ye. Ahli yang sebelum ini tidak mendapat seperti yang apa yang kami dapat. Jangan Marah!!!.

 

Tekun menjalankan kerja!!




Focused pada tugas yang diberi


Ahli-Ahli Kelab

Kenyang. Sebaik tak naik badan

No comments:

Post a Comment