Saturday 10 August 2013

Instructor

Information Literacy dalam bahasa inggeris atau dalam bahasa melayu bermaksud celik maklumat. Subjek ni mengajar bagaimana orang itu dapat menjadi seorang yang pandai dan mengatahui penggunaan maklumat dalam era dunia globalisasi pada masa kini yang lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian. Information literacy atau celik maklumat ini sangat berguna kepada generasi pada masa kini yang hidup berpandukan maklumat dan hidup dalam kelompok information society dan knowledge society cth penggunaan teknologi INTERNET yang sangat berlerluasa pada abad ini.

Group kelas aku telah diberikan satu tugas khas (Assignment) untuk memberitahu dan mengajar masyarakat tentang cara-cara menggunakan maklumat dengan betul sebagai langkah untuk menjadi sebuah masyarakat yang pandai menggunakan maklumat dalam kehidupan seharian mereka cth menggunakan maklumat sebagai penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian mereka cth perkerjaan, kesihatan, pengetahuan am, ilmu hidup (Survival) dan sebagainya.

Untuk memudahkan menjalankan tugas yang diberi.Pihak kelas telah bersetuju untuk menjalankan program celik maklumat di sebuah sekolah rendah di kalangan pelajar berumur 12 tahun (UPSR). Sepatutnya program ni dijalankan di tempat-tempat yang lebih professional dan diberikan pendedahan kepada golongan yang lebih berusia dalam kalangan 20 an - 40 an kerana golongan ini lebih cenderung kepada penggunaan teknologi dan pengathuan maklumat. Tetapi disebabkan kekurangan masa, risiko yang lebih besar dan kekurangan tahap profesiolan kami telah bercadang untuk mejayakan program ni di peringkat sekolah.

Sepanjang menjalankan prgoram celik maklumat ni di sekolah amat menggembirakan. Bukan sahaja teringat kenangan silam sewaktu berada di bangku sekolah tapi sempat berkenalan dengan budak-budak sekolah. Lebih seronok apabila mereka budak-budak sekolah ni turut berkerjasama dengan pelajar-pelajar universiti yang menganjurkan program information literacy ni. Mereka kelihatan berminat untuk mengatahui dunia ilmu information literacy dan memahami setiap arahan yang diberi.

Disebabkan masih budak sekolah dan pemikiran mereka masih di peringkat muda. Kami telah mengajurkan kan program-program yang berbentuk game. Cara ini kelihatan lebih berkesan dan mereka mudah menerima dan memahami terhadap sesuatu pekara baru yang ingin diajar. Pelbagai game yang diberi kepada para pelajar sekolah rendah cth (Word puzzle, Teka-teki, Mathematics, Release rope, Teka- gaya, Peribahasa) Semua ini merangsang pengatahuan mereka tentang cara penggunaan maklumat dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau problem yang dihadapi.

Penyelesaian masalah yang diberi adalah di peringkat penyelesaian masalah dalam bidang pendidikan. Walauapapun ilmu celik maklumat ni boleh digunakan untuk selesai semua masalah yang bukan sahaja berkait rapat dengan pendidikan semata-mata. Semua pekara boleh diselesaikan dengan adanya maklumat. Maklumat bertindak sebagai kunci kepada penyelesaian masalah, problem, musibah dan badai yang sedang melanda kehidupan kita. Ia ibarat Mentol dan cahaya mentari yang menyinari di kegelapan malam.

Sepanjang menjalankan program ni memang seronok dan memberi aku banyak pengatahuan- pengatahuan dan experience baru. Aku harap satu masa nanti program ini boleh dianjurkan di peringkat yang lebih tinggi cth kat sebuah agensi spt muzium, library, penguatkuasaan, syarikat terkemuka spt petronas, guaman dan
lain-lain.


























No comments:

Post a Comment