Bagi Sesetengah pihak, anggapan dan penglihatan dari luar beranggapan ia bukanlah pekara yang penting ditambah pula dengan kemajuan teknologi maklumat yang kelihatan telah mengambil alih seluruh sistem kerja. Preservation and conservation ni bertujuan untuk baik pulih mana-mana kertas dan dokumen yang mempunyai nilai yang begitu penting kepada sesebuah organisasi, kerjaaan dan individu. Ia bukan sahaja baik pulih dalam bidang yang berkaitan dengan kertas dan dokumen tetapi turut berkait rapat dengan media storan eletrik (Bukan berkait dengan kertas sahaja). Kertas dan dokumen-dokumen ni dibaik pulih kerana nilainya yang begitu tinggi. Dibaik pulih bertujuan untuk mengelakkan dari kerosakan dan menjadikan satu bahan yang dapat bertahan begitu lama daripada luput atau pun hilang ditelan zaman.
Mungkin bagi sesetengah pihak kurang memahaminya apakah bahan yang sangat bernilai tersebut. Untuk memudahkan pemahamaman bahan yang dibaikpulih tu berada di sekeliling kita cth kad pengenalan, surat kelahiran, sijil peperiksaan, skrip, resit -resit penting cth bil air, eletrik dan resit pembelian. Bahan-bahan ini dikekalkan kerana ia bernilai menunjukkan bukti, (evidence), sejarah dan bertindak sebagai maklumat. kehilangan bahan-bahan ini boleh menyebabkan hilangnya nilai-nilai bagi bukti, sejarah dan maklumat terhadap sesuatu pekara.
Baik pulih atau subjek preservation and conservation ni bukan sahaja berkait rapat dengan baik pulih sesuatu kertas atau media storan tapi turut berkait rapat dengan mengawal penyimpananya untuk digunakan apabila keadaan mendesak dan menuntut penggunaanya apabila diperlukan. Cth pekara besar yang berlaku dalam negara Malaysia kita yang memerlukan kepada penggunaan dokumen adalah tuntutan malaysia terhadap pulau batu putih. Dokumen ini berada di arkib negara sebagai bukti perjanjian tanah melayu dalam urusan pulau batu putih. Dokumen ini telah wujud bertahun-tahun lamanya. Dengan mengamalkan kaedah baik pulih (Preservation and Conservation) kita telah berjaya mengekalkan kewujudannya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik daripada rosak yang akhirnya mengakibat hilangnya ia sebagai baha yang berharga.
Subjek Preservation and conservation ni memberikan pengajaran dalam bentuk praktikal dan teori. sepanjang menguasai ilmu ni bagi aku ia adalah menyeronokkan. Walaupunbagaimanapun ia amat sukar dilakukan di peringkat praktikal kerana memerlukan kemahiran, kesabaran dan masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan ni. Apa-pun ia adalah satu cabang ilmu yang amat menggembirakan.







Salam. boleh tak cerita dengan terperinci macamana untuk buat proses preservation and conservation ni. Saya berminat nak tahu. Kalau ada mana-mana buku yg boleh dibuat panduan/rujukan harap beritahu juga.
ReplyDelete