Tuesday 18 August 2015

Aku Berjaya Melepasinya: Suka dan Duka

Masa, hari dan waktu berjalan seperti biasa. Bumi dan seluruh galaksi berputar dan bergeak seperti biasa. Seolah-olah tiada apa2 yang berlaku dan setiap dan setiap detik sama sahaja. Tanpa disedari telah 5 ke 6 tahun aku berada dalam dunia universiti. Masa dalam 5 ke 6 tahun digunakan untuk habiskan pengajian Diploma dan Degree bukan Ph.d ye. Ph.d belum buat lagi. Buat masa sekarang ni aku memberi tumpuan kepada pengajian Master sesudah lepasnya pengajian di peringkat Diploma dan Degree. Walaupun sudah melepasi pengajian di peringkat Diploma dan Degree tapi pengalaman dan sejarah kenangan lampau di peringkat Diploma dan Degree masih terngiang-ngiang di fikiran. Sejarah lampau di peringkat Diploma dan Degree ada yang seronok dan ada juga yang sangat pahit untuk diingati. Kadang2 aku cuba lupakan ingatan pahit di Universiti tapi bukan semua yang boleh dilupakan begitu sahaja.

Aku masih ingat lagi sewaktu masih lagi belajar di peringkat Diploma. Pengajian di peringkat Diploma aku ditempatkan di UITM segamat, Johor. Banyak kenangan manis dan pahit di peringkat Diploma ni. Aku masih ingat lagi sewaktu mula2 belajar di peringkat Diploma ni. Mula2 masuk di universiti ni sangat teruk. Bila jadi pelajar atau budak semester 1 ni di universiti akan menjadi mangsa buli pelajar2 senior. Aku sendiri tak terlepas dari menjadi mangsa buli para2 senior2 yang ganas dan suka membuli. Salah satu benda yang tak boleh aku lupakan bentuk buli yang aku kena ialah kena mandi air sampah, x boleh tidur dan kena ambil tandangan para senior. Aku juga terpaksa jadi MC untuk event wings dan juga terpaksa menari shuffle. Aku juga pernah diugut dengan parang dan dherdik oleh senior kerana kegagalan untuk dapat tandatangan semua senior. Dalam pergaulan di universiti ni kita kena pandai. Ada mereka yang boleh membantu kita ketika susah dan menjadikan kita seorang manusia. Bahkan ada juga yang merosak dan perosak dan mereka inilah yang harus kita jauhi.

Walaupun dikurniakan dengan para senior yang ganas dan kebanyakannya jahat dan kaki main. Tapi aku bernasib baik sebab aku tidak terpengaruh dengan perangai dan terikut dengan gaya2 kehidupan mereka yang mengjengkelkan. Seboleh-bolehnya aku cuba elak dari bergaul dengan mereka. Lagipun aku bukan kaki dengar lagu meletup, melepak, berbual kosong, main card, bergayut dengan awek, kaki movie, kaki mengintai, overnight dan lain2. So jadi senior kurang berminat bergaul dengan aku ni sebab bagi diorang aku ni agak membosankkan. Kalau nak tahu sewaktu belajar kat peringkat Diploma ni jugak aku pernah nak berhenti atau quick study. Sebabnya aku x bleh bawak apa2 yang diajarkan di universiti. Biasalah agak terkejut dengan semester 1 ni. Mana tidak dunia baru, ilmu baru dan tidak ada basic kehidupan di university (Life Campus). Sewaktu cuti semester dan tunggu keputusan exam dengan menunggu dengan harapan yang sangat tipis dan dalam hati sudah ada perasaan akan kembali semula ke sekolah dengan pergi ke tingkatan 6 atau pergi berkerja.

Tunggu punya tunggu result akhirnya result pun keluar. Result pertama aku pointer sangat lah sikit iaitu 2.3 dengan fail satu paper. Paper yang aku fail waktu tu paper (IMD 104) principle of management. Waktu dapat tahu je result terus aku fikir nak sambung x jadi nak quick belajar. Teruskan pengajian. Naik je semester 2 Diploma bermulalah saat gelap dan kegelapan. Naik semester 2 ni ingat dah boleh lepas dari senior2 yang gila. Rupa2nya kenyataan tu meleset sekali. Sekali lagi kena buli tapi tidaklah seteruk semester 1. Bila sebahagian dari batch aku dapat tahu pointer aku rendah iaitu 2.3. Ada sebahagian yang mengutuk dan sebahagian lagi yang bagi semangat.Waktu tu nasib baik jiwa aku kuat. Aku boleh tahan mulut2 diorang yang mencaci, memaki dan menghina ni. Aku masih boleh bersabar walaupun diperlakukan teruk. Sakit badan boleh terus sembuh dalam seminggu atau berbulan. Tapi kalau sakit hati dengan minda sembuhannya boleh mengjangkau hingga berbulan, tahun or tak sembuh terus. Antara caci dan makian yang aku terima ialah x payah lah belajar kalau pointer sikit lebih baik quick terus, buat apa nak ambik student pointer yang rendah buat apa perabis duit UITM je.

Lebih baik diberhentikan sahaja senang habis cerita. Kalau aku tengah study begini pula caciannya pulak kenapa kau study kau nak cukupkan credit hour ke or kau ni asyik study je dekan tak dapat jugak. SO WHAT apa masalah korang semua aku nak study or x nak study aku punya sukalah. Even the worse adalah ada yang cuba nampak mcm menyokong dan menolong tapi rupa2 di sebalik pertolongan tu ada udang di sebalik batu mereka ni golongan yang aku katergorikan sebagai badam besalut or coklat bersalut. MCM coklat bersalut bahan tertentu. Maksud aku kat sini ialah diorang ni nampak je baik tapi mereka lebih jahat lagi. Mereka datang seakan-akan nak membantu kita cemerlang dalam pelajaran dengan mengemukakan teori2 yang dangkal dan palsu. Mereka bercerita mcm mana mereka berjaya dan dapat gred pointer yang tinggi. Tapi itu semuanya adalah palsu. Mereka sebenarnya sedang merancang untuk jatuhkan aku sedikit demi sedikit. MCM2 teori yang diorang gunakan salah satunya adalah menggunakan agama. Mcm contoh kita tak perlu belajar rajin2 ini semua adalah dunia belaka bukan akhirat  or buat nota, study mcm ni, x perlu struggle or study hard, study should be smart or study when exam. Ini semua merupakan salah satu perangkap yang digunakan oleh mereka dalam menjatuhkan kan di dunia universiti.

Malah lebih lagi dugaan yang aku terima di peringkat Diploma ialah disisihkan dari rakan2 or even x dapat bergroup assignment. Jangan terkejut kawan yang kau percaya pun boleh tikam kau sendiri kalau kau lemah masa tu. Betullah kata pepatah mencari kawan ketika senang mudah tetapi ketika susah adalah amat sukar. Masa pointer aku lemah ni aku telah beberapa kali disisihkan dari sebilangan orang. Diperlekehkan adalah satu kemestian dan pekara yang biasa di universiti bagi aku ketika itu. Tapi berkat kesabaran, ketahanan dan disiplin yang tinggi yang aku terapkan dalam diri aku tanpa aku kenal erti jemu, lelah dan penat. Akhirnya semester 2 aku berjaya meraih pointer 3.03 bagi GPA dan CGPA terus melonjak kepada 2.75. Waktu tu amat gembira sekali. Mereka yang selalu memperlekeh or try to push me down sangat terkejut dengan berita pointer aku ni. Sejak dari tu GPA aku tak pernah lagi ke pointer 2 sebaliknya sentiasa 3 pointer hinggalah ke semester final sem 6. Waktu semester 2 ni jugak aku dapat selesaikan masalah paper yang repeat and even sem-sem yang seterusnya aku x pernah lagi repeat paper. Paper aku sentiasa lulus. Yang terbaliknya pulak sebahagian mereka ada yang x lepas paper or even quick terus. kemudian mereka pulak yang bangga dengan aku. sampai ada pulak yang kata nak jadi mcm aku. Hahaha kelakar lah pulak dengan mcm tu.

Walaupun diorang dah  sedikit sebanyak respect aku dan aku berjaya dapat maruah aku balik kat universiti tapi walau mcm manapun aku masih lagi berhati2 be careful. This is because masih ada lagi yang nak tengok aku jatuh tersungkur sampai tergolek tak bangun terus. Kalau sampai mati or koma itu petanda lagi bagus. Pada masa ni walau apa-pun kejahatan yang diorang cuba aku berjaya elak dan patahkan. Kadang2 terkena jugak ialah nama pun manusia sedikit sebanyak terpengaruh jugak. Kepahitan di peringkat Diploma ni yang aku rasa adalah datangnya dari para pelajar yang jahat, rakus dan zalim yang tidak boleh melihat kecantikan. Mereka inilah yang digelar sebagai musang berjanggut or pakar pemusnahan. Kepahitan dari para lecterur or tenaga pengajar boleh dikatakan tiada langsung (Null Value). Aku langsung tidak punya masalah dengan tenaga pengajar. Tapi dalam kekalutan tu sebahagian membantu dan sebahagian tidak. Walaupun banyak kepahitan yang aku perolehi dan dapat ketika di peringkat Diploma ia sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada aku tentang ragam manusia sekeliling. Sejak dari pengalaman pahit tu aku mula mengatur statergi2 baru dalam berdepan dengan para ragam manusia ni di peringkat universiti. Statergi tu lebih menjurus kepada apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan diri, displin, falsafah minda bawah sedar dan langkah yang perlu dilakukan untuk berjaya dan melangkah terus ke hadapan.

Selama berjuang dalam 3 tahun di universiti segamat untuk memperolehi segulung Diploma tanpa kenal erti letih dan penat dan terpaksa kerja tanpa henti siang dan malam dan menahan kesakitan fizikal dan mental sepanjang dalam perjuangan ini. Tahniah anda telah dianugerahkan dengan Diploma Information Management (Diploma Pengurusan Maklumat). Sepanjang-panjang perhargaan dan penghormatan diberikan kepada anda kerana telah berjaya menamat program pengajian di peringkat Diploma ini.


1 comment:

  1. Slm awk bole saya tau how u deal with ur problems? Im now in diploma about havin a last semester n mengalami masalah yg sama sprti anda ..tq

    ReplyDelete