Tuesday 11 February 2014

Tugasan Elective (INFORMATION SYSTEM)

Setiap semester diwajibkan bagi setiap pelajar mengambil jurusan elective. Pada semester ni saya mengambil jurusan Information System (IS) sebagai jurusan elective. Jurusan system adalah biasanya jurusan yang dielakkan oleh para pelajar. Ini adalah kerana ia adalah subjek yang sukar difahami lebih-lebih lagi yang subjek programming. Tapi semester ni saya telah pun mencubanya. System walaupun pada hakikatnya susah tapi pasaranya kerja kelihatan memerlukan kefahaman It (information technology). So nak tak nak kena ambil system. Barulah senang untuk diterima berkerja di mana-mana company atau syarikat gergasi. Dalam tugasan ni saya dan ahli kumpulan diwajibkan memahami pengurusan system bagi sesebuah organisasi. Organisasi adalah bebas sama ada goverment or private.

Kami dikhehendaki untuk memahami system bagi sesebuah organisasi tersebut. Kumpulan saya telah memilih jabatan pembanggunan wanita di kompleks wisma perangsang untuk memahami system yang digunakan oleh mereka. Tidak disangka di dalam wisma perangsang mempunyai pelbagai jenis jabatan. Terus terang saya sendiri tidak pernah mengetahui pasal jabatan yang terdapat di dalam wisma ini. Dalam menjalankan tugasan sedikit sebanyak saya mendapat pengetahuan berkenaan dengan jabatan pembanggunan wanita dari segi fungsi, misi dan peranannya di kalangan masyarakat. Jabatan ini ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada kaum wanita. Lebih-lebih lagi golongan ibu tunggal. Walauapapun jabatan ini turut memberi bantuan kepada kaum wanita yang memerlukan bantuan. Misalnya dari segi penderaan, aniaya, penceraian, tuntutan nafkah dan khimat psikologi.

Bagi saya jabatan ni memang bagus untuk diwujudkan. Dunia pada masa kini melihat golongan wanita adalah sebagai golongan yang biasa menjadi mangsa kepada keadaan. Pekara yang paling mudah dilihat ia masalah rumah tangga. Dalam masalah rumah tangga kelihatan golongan wanita menjadi mangsa keadaan. Dengan adanya jabatan ini dapatlah memberi perlindungan kepada kaum wanita yang lemah dan dianaya. Saya sangat setuju dengan penubuhan jabatan ni walaupun saya adalah dari kaum Adam. Tapi itu tak bermaksud saya menyokong sepenuhnya kepada kaum wanita. Ada kala mereka yang bersalah.

Menyentuh berkenaan system yang digunakan system tidak seberapa. System adalah biasa dan kebanyakan adalah untuk tujuan pengurusan jabatan. System ni dipakai di seluruh jabatan. System yang digunakan adalah berkenaan pengurusan aset-aset, registration, financial dan yang biasa digunaka di jabatan. Apa yang boleh saya katakan sepanjang menjalankan tugasan ni kelihatan agak menarik. Saya bukan sahaja dapat memahami jenis system yang diwujud dan digunakan di dalam jabatan bahkan dapat mengatahui serba sedikit berkenaan dengan tujuan penubuhan jabatan ni. Bahkan pihak kami juga turut ditawarkan untuk membuat praktikal pengurusan fail-fail di dalam organisasi ini. Bagi saya kami tidak pulang dan pergi dengan sia-sia. Saya dan ahli kumpulan mendapat sesuatu yang amat berharga..


Plaza Perangsang


Our Group Project (SYSTEM TASK)
Role of agency

I with My Team Member

No comments:

Post a Comment