Tuesday 26 June 2012

Mengingati Mati (cara hindar-azab Kubur)

Mati atau lebih popular dikenali sebagai meniggal dunia di kalangan ramai orang merupakan satu pekara yang pasti terjadi di kalangan makhluk yang bernyawa. Tidak kira apakah makhluk itu malaikat, manusia, jin, iblis dan lain-lain yang dikategorikan sebagai makhluk pasti akan menempuh saat kematian kecuali yang kekal abadi adalah tuhan kamu Allah. Oleh itu mati atau meniggal pasti akan terjadi pada meraka yang dikategorikan sebagai MAHKLUK ATAU CIPTAAN ALLAH. Walaupun telah diingatkan berkali-kali tentang kematian tetapi ramai yang masih lupa tentang kedatangan sakaratul maut ini. Malah yang lebih teruk ada yang terus melupakannya.


Disebabkan kematian adalah pekara yang pasti terjadi di kalangan makhluk yang bernyawa. Maka adakah kita sebagai makhluk yang lemah ini bersedia untuk menghadapinya ketika dijemputnya sakaratul maut di hadapan kita nanti. Kita harus mengingati kematian ini kerana ia pasti terjadi kerana kehidupan kita di atas  muka bumi ini adalah bersifat sementara. Setiap yang mati akan kembali semula ke tanah ia ini (kubur) dan ia merupakan rumah bagi kamu samaada ia kehidupan yang selesa atau pun kesengsaraan. Jika amalan kita baik sudah tentu ia merupakan tempat yang selesa tetapi jika amalan kita kurang baik mungkin sebaliknya.


Dan berikut merupakan beberapa kisah bagi tokoh-tokoh islam di saat ambang kematian mereka dipetik dari buku (MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR). Di dalam cerita ini terdapat pelbagai pengajaran yang harus kita sebagai umat manusia yang masih bernyawa mengambil pelajaran dan merenung setiap bait-bait perkataan yang dicuapkan oleh mereka di saat ambang kematian menjemput mereka. Ini kerana setiap bait-bait perkataan yang diucapkan oleh mereka membawa maksud yang mendalam untuk kita. Oleh itu fikir-fikirkanlah maksud ucapan mereka!!!!

1) ABDULLAH BIN MARWAN

Inilah al-kisah Abdullah bin marwan dimana ketika maut telah datang kepadanya ia diliputi rasa payah. Nafasnya tersekat-sekat di saat ambang kematian menjemputnya. Ketika di saat ambang kematian ia meminta agar jendela kamarnya dibuka. Ketika jendela kamarnya dibuka ia dapat melihat seorang tukang cuci yang berada berhampiran dengan tempat tinggal kamarnya. Abdullah bin marwan kemudian bermonolog di dalam hatinya Alangkah indahnya jika aku menjadi seorang tukang cuci, tukang kayu atau kuli panggul dan indahnya jika aku tidak pernah memegang satu urusan kaum muslimin sedikit pun

2) HARUN AL-RASYID

Harun al-rasyid siapa yang tidak mengenalinya. Merupakan seorang pimpinan islam yang berkaliber dan banyak memberikan sumbangan ketamadunan ilmu pengatahuan di zaman pemerintahan khalifah Abbasiyyah. Walaubagaimana hebat pun beliau kematian bakal menjemputnya dan ia tetap kembali ke kubur atau tanah seperti mana manusia-manusia yang sudah meniggal dunia. Walaupun di zamannya beliau duduk dalam istana dan mempunyai banyak keperluan dan kesenangan cth berbentuk kekuasaan tetapi ketika di ambang mati semuanya hilang yang ada dan dibawa cuma amalanya samaada baik atau pun sebaliknya.

Suatu hari Harun al-rasyid pergi berburu. Ketika sedang berburu dan di tengah perjalanannya ia berjumpa dengan seorang yang dikenali sebagai Bahlul. Dipendekkan cerita Harun meminta nasehat daripada Bahlul. Bahlul memberikan pelbagai bentuk nasehat yang berupakan saat-saat kematian. Di antara nasehatnya ialah apa bentuk kesenangan yang dimiliki Harun al-rasyid bakal lenyap tidak kira samaada kekuasaannya,kekayaan, teman atau sahabat-handai semuanya akan meniggalkannya dan yang dibawa hanyalah amalannya ketika hayatnya.

Setelah mendengar nasehat Bahlul maka Harun al-rasyid pun pulang dan telah jatuh sakit.Tidak lama kemudian beliau pun meniggal dunia. Tidak ada teman-teman, kekuasaan, harta dan sahabat yang dapat membantu khalifah Harun al-rasyid untuk lepas dari ambang kematian dan tidak ada apa yang dibawa melainkan hanya amalan semasa hayat hidupnya.

3) AMIR BIN ABDULLAH BIN ZUBAIR

Amir bin abdullah bin zubair merupakan salah seorang tokoh yang dikenali oleh umat islam. Amir bin abdullah bin zubair ketika berada di ambang kematian beliau masih ingin pergi ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama umat islam. ketika melaksanakan solat pada rakaat pertama beliau telah meniggal dunia dalam keadaan bersujud ke hadrat ilahi. Kesungguhan dan keihklasaannya dalam beribat kepada Allah telah dapat dilihat ketika kehidupannya dan dibuktikan melalui kesanggupannya melakukan solat walaupun dalam keadaan yang lemah dan kritikal.

Melalui ketiga-tiga tokoh ini terdapat pelbagai pengajaran yang dapat diambil bagi kita yang masih hidup di dunia ini. Telah dibuktikan bahawa walaupun manusia mempunyai pelbagai tingkat-tingkatan kehidupan di atas muka bumi mereka tetap akan dikebumikan di tempat yang sama seperti mana orang-orang dahulu dan itulah tempat tinggal mereka ketika nyawa sudah tercabut dari jasad. Tempat tinggal itulah yang dinamakan kuburan.

SIAPAKAH YANG DAPAT TERHINDAR DARI AZAB SEKSAAN KUBUR

  • Orang-orang yang mati syahid
  • Orang yang ribath (menjaga kawasan atau batas-batas wilayah kaum muslimin untuk mencegah serangan musuh-musuh umat islam)
  • Orang yang meniggal kerana sakit perut
  • Orang yang membaca surah Al-mulk
  • Orang yang meniggal pada hari jumaat dan malamnya

CARA ELAK DARI AZAB KUBUR

Untuk mengelak dari azab kubur bukanlah satu pekara yang amat mudah. Hanya sebahagian mereka sahaja yang dapat terlepas dari azab seksaan dan pertanyaan kubur. Oleh itu untuk mengelakkan dari diazab di kuburan maka perbanyakanlah amalan-amalan yang baik dan bermanfaat di sisi agama ketika masih hidup. Seorang mukmin itu juga hendaklah sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah supaya dijauhkan dari azab dan fitnah kubur. Paling penting ia mengamal surah AL-MULK kerana ia dapat menghindarkan seorang mukmin itu dari azab seksaan dan fitnah kubur.

Melalui pengamatan penulis di antara pekara yang amat mudah dilakukan untuk menghindari dari azab seksaan kubur bagi mereka yang tergolong dalam golongan yang dapat terhindar dari azabnya ialah mereka yang sentiasa membaca dan menghayati surah AL-MULK. Membaca surah al-mulk adalah pekara yang amat mudah dilakukan jadi ambillah kesempatan untuk membaca di masa lapang atau sesudah solat kerana ia adalah satu pekara yang amat mudah diperolehi melainkan pekara-pekara yang lain seperti mati syahid, meninggal kerana sakit perut, menjaga kawasan atau batas-batas wilayah kaum muslimin untuk mencegah serangan musuh dan meniggal di hari jumaat dan malamnya.


Inilah tempat tinggal bagi kamu sebelum menuju alam yang kekal (AKHIRAT)



Yang hidup pasti akan merasai MATI

No comments:

Post a Comment